CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1637|Reply: 9

Belum sempat konvo, 18 pelajar UUM ditawar gaji RM4,200

[Copy link]
Post time 8-10-2025 09:48 PM | Show all posts |Read mode





SINTOK – Seramai 18 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah ditawarkan pekerjaan tetap dengan gaji permulaan sebanyak RM4,200 sebulan sebelum mereka naik ke pentas konvokesyen universiti itu pada bulan depan.


Kesemua mereka merupakan peserta program Elite Management Trainee (EMT) hasil kerjasama strategik antara UUM menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dengan PKT Logistics Group Sdn. Bhd.


Program tersebut berlangsung selama hampir setahun melalui proses pemilihan dan latihan industri yang intensif.


Hanya 18 pelajar terbaik daripada Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian dipilih selepas melalui ujian serta temu duga bersama pihak PKT.


Menurut pelajar, Nurhanis Azman, 23, program itu memberikan pengalaman yang hebat, sekali gus mengubah cara dia melihat dunia pekerjaan.


“Ia sangat mencabar tetapi berharga kerana membuka mata kami kepada realiti sebenar industri logistik,” katanya selepas Majlis Graduasi Program EMT di Pusat Islam UUM, di sini.


Seorang lagi pelajar, Ooi Jun Wei, 23, berkata, pengalaman bekerja dalam pasukan pelbagai budaya menjadikannya lebih yakin dan bersedia menyumbang idea baharu.


“Saya belajar bagaimana disiplin dan kepimpinan menjadi tunjang kejayaan organisasi besar. Kini saya lebih faham tanggungjawab sebagai pengurus masa depan,” ujarnya.


Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, semua pelajar terbabit menjalani beberapa peringkat latihan antaranya latihan industri semasa cuti semester di cawangan PKT di Batu Kawan, Pulau Pinang dan seluruh negara serta latihan praktikum sepenuh masa pada semester akhir.


Katanya, pelajar juga menjalani pertukaran jabatan selama tiga peringkat bagi melengkapkan kefahaman menyeluruh terhadap operasi logistik sebenar.


“Garis masa program yang tersusun rapi bermula Januari 2024 hingga Ogos 2025 telah mempersiapkan mereka bukan sahaja sebagai graduan, malah sebagai bakal eksekutif pengurusan dalam industri logistik moden,” katanya.


Tambahnya, kejayaan 18 pelajar itu amat membanggakan apabila Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistics, Datuk Seri Dr. Michael Tio berpuas hati dengan prestasi mereka lalu menaikkan gaji permulaan daripada RM4,000 kepada RM4,200 sebulan.


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 11:40 AM | Show all posts
manyak syok woo muda2 dah gaji gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:52 AM | Show all posts
alhamdulillah..tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:55 AM | Show all posts
Rezeki yg lumayan ..Tahniah menajadi orang yg terpilih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Swasta ni kalau offer gaji mcm tu for sure buat kerja 2-3 'jawatan' 3 in 1. Tapi ok dari xde la kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2025 02:09 PM | Show all posts
wah tahniah...chaiyok!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:21 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 9-10-2025 03:22 PM

seb baek gaji RM4,200

kalo RM2,400

porumer cari ci akan kutuk secara berjemaah..

zaman gov madani gaji ciput

sesambil kata..

- zaman Pee End n Umngok perintah dulu RM3,800

- dulu PMX kata nak noktah kemiskinan tegar



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay la tu...
Mesti yang terbaik yang dapat kan.
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Syok la gaji starting lagi tinggi dari fresh doktor. Mmg patut doktor da byk lari skrg. Tahniah ! Rezeki [em:2:]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 335 Replies : 208
'Rom belajar buat kapal dari Melayu' - Persatuan akademik mahu UIAM bertindak
Abahmung'Rom belajar buat kapal dari Melayu&
Views : 1244 Replies : 41
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 2296 Replies : 88
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23376 Replies : 1224
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2822 Replies : 1626
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 367 Replies : 2
Sheila Majid 40 Years In Music
JoyahMengayahSheila Majid 40 Years In Music
Views : 1090 Replies : 13
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2295 Replies : 136
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 318655 Replies : 3226
Adakah ini bakal ayah tiri Jebat?
aysia19Adakah ini bakal ayah tiri Jebat?
Views : 2053 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.051657 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list