CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 13

Polemik arak tuntut semua hormati dasar kerajaan, Perkara 3 Perlembagaan

[Copy link]
Post time 9-10-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode





Sebagai negara berdaulat, berbilang kaum dan pelbagai perbezaan, kerajaan mewujudkan pelbagai garis panduan mengikut acuan tempatan dalam menetapkan pelbagai dasar dan pekeliling am bertujuan menjaga keharmonian, kestabilan serta imej negara.


Pematuhan terhadap dasar ini bukan sekadar soal pentadbiran, tetapi lambang kematangan dan integriti nasional berpandukan fasal terkandung dalam Perlembagaan serta nilai murni. Justeru, apabila timbul polemik berhubung hidangan minuman keras pada majlis berkaitan kerajaan, ia segera menjentik perhatian umum.


Hidangan arak pada acara rasmi atau tidak rasmi anjuran kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), mahupun rakan strategik swasta berurusan dengan kerajaan, memerlukan tindakan tegas dan kefahaman menyeluruh semua pihak.


Perlu difahami, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 3 (1), tanpa menafikan hak beragama orang bukan Islam.


Maka, segala urusan rasmi membabitkan agensi, entiti atau apa sahaja yang terkait dengan kerajaan wajar mencerminkan jati diri negara, termasuk larangan menghidangkan arak pada mana-mana majlis rasmi atau tidak rasmi.


Larangan ini diperjelas dalam pekeliling kerajaan dan bukan bersifat pilih kasih. Ia bukan menafikan hak orang bukan Islam, tetapi apabila membabitkan acara rasmi kerajaan, prinsip tatakelola, sensitiviti agama serta kesopanan budaya tempatan perlu diberi keutamaan.


Majlis kerajaan bukan medan hiburan atau pesta. Ia mencerminkan nilai serta prinsip ingin diketengahkan kepada rakyat dan dunia. Kepelbagaian dimiliki tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan nilai teras acuan tempatan disepakati bersama.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menegaskan larangan konsensus ini, tetapi malangnya ada pula pihak mahu dipolitikkan isu ini dengan memainkan naratif ini sebagai satu penindasan atau menafikan hak golongan tertentu.


Sedangkan perkara utama yang ditegaskan adalah pematuhan terhadap dasar kerajaan, penghormatan Islam sebagai agama Persekutuan serta mengutamakan nilai murni dan budaya tempatan. Tidak sukar sebenarnya untuk kita menghormati batas ditetapkan dalam urusan rasmi.


Turut membimbangkan jika isu ini terkait dengan orang kenamaan, termasuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau GLC dan GLIC walaupun ketika berada di luar negara. Tingkah laku ini mencalar imej negara dan kerajaan.


Ini bukan soal moral peribadi semata-mata, tetapi amanah terhadap kedudukan, imej dan tanggungjawab awam digalas. Sewajarnya kita semua menjunjung Perlembagaan, mematuhi dasar kerajaan dan menghormati budaya tempatan yang mendukung nilai adab, kesederhanaan serta toleransi.


Tidak wajar dasar jelas seperti ini dipersoal, apatah lagi dilanggar atas alasan meraikan kepelbagaian. Sesiapa sahaja memimpin kementerian, jabatan dan agensi awam serta swasta wajib peka serta bertanggungjawab dalam menganjurkan sebarang acara.


Pematuhan kepada dasar murni ini adalah lambang profesionalisme dan integriti, bukan menghalang kebebasan atau menyekat hak asasi.




Sumber - BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Maksud hormat termasuk juga tidak memaksa orang jadi macam kita. Contoh vegetarian hormat omnivor nak makan daging, duduk semeja tapi masing2 tiada memaksakan nilai peribadi atas orang sebelah. Sekarang sudah faham ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 09:40 AM | Show all posts
setakat cakap cmtu takde tindakan tegas
cube kalu penjawab awam kerani gred SSPA, keluarkan botol arak,  minum arak kt majlis rasmi kerajaan..mmg dijamin
kene buang terus, xde ckp2 aja

patut buang je la menteri ni, dari dulu kecoh psl pelancong china bagai, cam takde org lain lagi layak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 09:59 AM | Show all posts
Tengok terbenam pun tahu dia mcm mane.... kalu boleh semua majlis kena ade minum n kerbau pendek dia....dia tak layak jd menteri sbb dia tak mcm org Malaysia yg faham pasal Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Padam muka kena sound
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong ganti gemok ni dengan orang lain buleh dak? Asyik nak ikut kepala dia jer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2025 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lanyard MCKK!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 12:47 PM | Show all posts
Nak jadi negara pelancongan santai (leisure holidays) imej kena selari dengan what you are selling.

Lain lah Malaysia ni ada lokasi suci jejak kaki sahaja pintu syurga pun terbuka. Yang itu ko layan lebih kurang pun ummah satu dunia berebut datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg bckp pulak ni..keluarkan kenyataan ni?  Just sumber BH
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 02:05 PM | Show all posts
Buang je Menteri ni...merosakkan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:27 PM | Show all posts
batmana replied at 9-10-2025 09:40 AM
setakat cakap cmtu takde tindakan tegas
cube kalu penjawab awam kerani gred SSPA, keluarkan botol ar ...

ingat dulu tahun 2012 Dato' JJ..

pelayan wanita hidang arak




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatla 'majlis' cam food court....sebelah halal & sebelah lg non halal.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 07:35 PM | Show all posts
Purplehaz replied at 9-10-2025 01:58 PM
Sape yg bckp pulak ni..keluarkan kenyataan ni?  Just sumber BH

itula, iols pun cari gak atas bawah baca balik

tapi points dalam artikel ni betul, on point. itu fakta, tapi cam biasa la, ada je pihak kaki pusing untuk tegakkan benang yang basah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pumpkinhead replied at 9-10-2025 02:05 PM
Buang je Menteri ni...merosakkan kerajaan

tengok..tuan2,puan2...takpa kata dia...camni ke korang nak angkat jd pemimpin-pembangkang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2025 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047145 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list