CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 3

[Tempatan] 40 tong berisi 1,000 liter diesel gagal diseludup ke Thailand

[Copy link]
Post time 9-10-2025 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]



PASUKAN Gerakan Am (PGA) menggagalkan kegiatan penyeludupan petrol selepas merampas 40 tong jerikin mengandungi 1,000 liter diesel yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand. FOTO Ihsan PGA



Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan kegiatan penyeludupan diesel selepas merampas 40 tong jerikin mengandungi 1,000 liter diesel yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Bekalan diesel itu dirampas oleh Batalion 7 di Kampung Dangar, di sini, 9 pagi semalam.


Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah pacuan empat roda.

"Suspek yang juga pemandu kenderaan melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan di tepi jalan.


"Hasil pemeriksaan mendapati 40 tong jerikin mengandungi minyak diesel anggaran 1,000 liter berada di dalam kenderaan berkenaan yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

"Anggaran rampasan keseluruhan bernilai RM42,900 termasuk kenderaan dan ia diserahkan kepada KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup)

Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya.

Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.


­

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2025 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rantau Panjang ni kat belah² Nismilan tu kann?

Kann?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 02:37 PM | Show all posts
Elok kerajaan catu sajalah petrol, disel, minyak masak ni semua. Dah bagi subsidi mereka tak hargai pun................Tiap minggu ada berita sama ulang-ulang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 9-10-2025 02:37 PM
Elok kerajaan catu sajalah petrol, disel, minyak masak ni semua. Dah bagi subsidi mereka tak hargai  ...

Janganla 'ckp camtu'....bak kata acik porem:
'takkan 2-3 bangla,pakis mencabul,merogol....kita nak antar semua balik'....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.060226 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list