|
View: 309|Reply: 6
|
13 termasuk lima murid dijangkiti Influenza A di SK Taman Permas Jaya 2
[Copy link]
|
|
|
JOHOR BAHRU – Lima murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2, di sini dijangkiti Influenza A.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Azman Tamin berkata, selain itu, seramai 15 murid sekolah sama menunjukkan gejala jangkitan.
Katanya, seorang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) turut disahkan positif Influenza A.
“Sementara itu, enam guru dan dua PPM lain bebas jangkitan dan dibenarkan bertugas seperti biasa.
“Berikutan itu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru mengeluarkan notis penutupan kelas PPKI selama 10 hari bermula 8 Oktober 2025 pukul 12.20 tengah hari hingga 17 Oktober ini.
“Notis penutupan ini dilaksanakan mengikut Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan kawalan dan pencegahan penularan penyakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Aznan berkata, susulan itu, semua guru, murid dan PPM yang dijangkiti telah diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari bermula semalam hingga 18 Oktober ini.
Katanya, pihak sekolah juga telah diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja sanitasi di kawasan terlibat.
Warga sekolah yang bergejala pula diingatkan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan tidak hadir ke sekolah sehingga sihat sepenuhnya.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
musim hujan ni, cuaca lembap, ramai senang jatuh sakit. ulang alik klinik pun ramai bersin-bersin. demam, selsema, resdung, sakit tekak, sakit kepala bagai
sapa tak sihat, pakai facemask. bersin dalam facemask, bukan bukak pastu bersin.
iols yang sihat ni pun dok pakai facemask balik. sana bersin, situ batuk, biasa la musim |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr mn dtg wabak influenza. Smpi skrg kita Masih x dpt nak hapuskan wabak ni. Sekali kena mmg sakit ala2 covid |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
makin banyak kes sekarANG NI
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
october- February mmg musim influenza. klu tanak kena boleh cucuk vaxin. kalau dah ke a boleh telan tamiflu 5 hari |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anak i malam tadi warden call. demam. kena bawa balik. dah la form 5. ramai pula tu form 5 yang demam kena balik. anak i seronok la dapat balik sebab diorang fifth former dah kena kuarantin tak boleh bbm sampai habis SPM.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KKM tak buat PSA kat TV radio ke pasal ni?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|