CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73|Reply: 0

[Kedah] 10 premis didenda RM69,400 gagal miliki sijil bomba

[Copy link]
Post time 10-10-2025 03:08 AM | Show all posts |Read mode
10 premis didenda RM69,400 gagal miliki sijil bomba

Hamzah Osman[email protected]






AWANG Hidzel (kiri) merasmikan Hari Pencegahan Kebakaran Peringkat Negeri di Chenang Mall, Langkawi. FOTOHamzah Osman




Langkawi: Sebanyak 10 pemilik premis di Kedah didenda keseluruhan RM69,400 oleh mahkamah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini kerana beroperasi tanpa sijil perakuan bomba (FC) yang sah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Awang Hidzel Awang Bujang berkata, kesalahan itu membabitkan premis seperti kilang, gudang dan kedai yang gagal mematuhi spesifikasi keselamatan ditetapkan.

"Jumlah denda itu membabitkan empat kes dituduh di bawah Seksyen 33 dan enam kes bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Bomba 1988, dengan dendaan tertinggi setakat ini sebanyak RM30,000.

"Bomba menetapkan 315 pemeriksaan ke atas pelbagai jenis premis di seluruh negeri tahun ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Pencegahan Kebakaran Peringkat Negeri di Chenang Mall, di sini, hari ini.

Awang Hidzel berkata, bagi tempoh sebelumnya, sebanyak 226 premis diperiksa pada 2021, meningkat kepada 255 pemeriksaan pada 2022, 263 (2023) dan 270 pada tahun lalu.

"Bagi tahun ini, setakat Ogos lalu, sebanyak 196 premis sudah diperiksa.

"Peningkatan jumlah pemeriksaan itu menunjukkan komitmen JBPM memastikan setiap premis mematuhi keperluan keselamatan kebakaran bagi melindungi nyawa dan harta benda," katanya.

Mengulas mengenai program hari ini, Awang Hidzel berkata, penganjuran Hari Pencegahan Kebakaran bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai langkah pencegahan serta tindakan sewajarnya ketika berlaku kebakaran.

"Bomba turut mengedarkan sejumlah alat pemadam api kepada pemilik premis perniagaan di Chenang Mall sebagai persediaan awal sekiranya berlaku kebakaran," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 9, 2025 @ 3:44pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/10/1273467/10-premis-didenda-rm69400-gagal-miliki-sijil-bomba




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.045764 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list