CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1317|Reply: 1

[Tempatan] SPRM Peroleh Perintah Halang Transaksi Wang 1MDB Lebih USD115 Juta Dalam Akaun Putera Turki

[Copy link]
Post time 10-10-2025 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-10-2025 01:04 AM


SPRM Peroleh Perintah Halang Transaksi Wang 1MDB Lebih USD115 Juta Dalam Akaun Putera Turki




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah daripada Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang tiga transaksi wang berjumlah USD115,320,661.63 (kira-kira RM486.4 juta) yang juga hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang disimpan dalam tiga akaun di Switzerland atas penama Putera Turki Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Tiga transaksi itu membabitkan USD87,148,732.89 dan USD12,777,759.74 dalam dua akaun bank di J.P Morgan dan USD15,394,169 di dalam akaun bank UBS Switzerland.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor pada pendengaran kes semalam (9 Okt), selepas mendengar permohonan yang difailkan SPRM pada 7 Okt tahun ini.

Perintah itu dikeluarkan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasıl Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Menurut suruhanjaya itu, permohonan berkenaan berdasarkan maklumat diterima SPRM pada 2011, bahawa penama itu telah menerima, memindah dan menggunakan hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui akaun-akaun perbankan miliknya.


https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2477016
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2025 08:27 PM | Show all posts
Semua gara2 penyangak tersohor itew..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2026 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.044641 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list