CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 265|Reply: 0

[Dunia] Trump makin ligat jadi 'pendamai global'

[Copy link]
Post time 10-10-2025 05:18 PM | Show all posts |Read mode



Trump makin ligat jadi 'pendamai global'

09 Oktober 2025 06:38pm
Masa membaca: 2 minit


]
BANGKOK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meneruskan peranannya sebagai 'pengaman global' demi merebut Hadiah Nobel Keamanan setelah misi di Asia Barat mula mengikut seperti apa yang direncanakan beliau.

Kali ini, pemimpin Republikan tersebut dilaporkan menghantar surat kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul sebagai cubaan untuk campur tangan dalam konflik sempadan Bangkok-Phnom Penh.

Kandungan surat itu menyebut Trump berharap kedua-dua negara Asia Tenggara tersebut dapat menyelesaikan pertikaian di perbatasan yang sebelum ini telah mencetuskan konflik bersenjata hingga mengorbankan puluhan nyawa.

Anutin bagaimanapun cuba menepis intervensi pihak luar setelah ketegangan memuncak di sempadan Thailand-Kemboja sejak Julai lalu.

Saya akan membalas surat itu dengan menyatakan pendirian kami. Kami sedia untuk mengikuti proses damai jika Phnom Penh juga berbuat demikian, jelasnya pada Khamis.

Menurutnya, Thailand sedia untuk berunding jika Kemboja menarik balik senjata berat dari kawasan sempadan, membanteras sindiket scammer dan memindahkan rakyat mereka dari lokasi tanah sempadan dimiliki Bangkok.

Ketika disoal tentang keputusan Phnom Penh sebelum ini yang beria-ia mahu mencalonkan Trump untuk Hadiah Nobel Keamanan, Anutin menegaskan beliau hanya mengutamakan kepentingan negara, keselamatan rakyat dan kedaulatan Thailand.

Jika sesiapa meraih anugerah itu, ia satu pencapaian membanggakan buat mereka. Tetapi, ia tiada kaitan dengan apa yang akan kami lakukan, tegasnya. - Agensi


https://www.sinarharian.com.my/article/751684/global/trump-makin-ligat-jadi-pendamai-global



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052394 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list