CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

[Sabah] Sokong cadangan gesa SPR pertimbang undi pos warga Sabah di Semenanjung

[Copy link]
Post time 11-10-2025 01:10 AM | Show all posts |Read mode


MADIUS

TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menyokong cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, yang menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan pelaksanaan undi pos bagi warga Sabah yang bekerja, belajar dan menetap di Semenanjung Malaysia.

Madius berkata, seruan ini bukan kali pertama tetapi telah banyak kali diajukan oleh pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) seperti Bersih.

"Bagi saya langkah ini wajar dilaksanakan bagi memastikan rakyat Sabah yang berada di luar negeri tidak terhalang dari menunaikan tanggungjawab dan hak demokrasi.

"Ramai warga Sabah di Semenanjung menghadapi kesukaran untuk pulang ke kampung semasa pilihan raya disebabkan kesukaran mendapatkan penerbangan, tambang penerbangan yang tinggi, selain kesukaran mendapatkan cuti dan kekangan masa.

"Cadangan undi pos ini dapat membantu mereka menunaikan kewajipan terhadap negara tanpa menanggung beban yang besar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, usaha memperluas akses kepada undi pos adalah langkah ke arah memperkukuh amalan demokrasi dan penyertaan rakyat dalam proses pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan hak mengundi dapat dinikmati oleh semua warganegara tanpa mengira lokasi mereka berada.

"Sistem undi pos yang telus dan selamat akan membolehkan lebih ramai rakyat Sabah mengambil bahagian dalam proses demokrasi.

"Cadangan berkenaan seiring dengan prinsip keadilan dan keterangkuman yang menjadi asas kepada sistem pilihan raya di negara ini, justeru wajar dipertimbangkan oleh kerajaan dan SPR," katanya.

Sebelum ini, Lee menyeru SPR membenarkan rakyat Sabah yang berada di Semenanjung mengundi secara pos sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, bagi memastikan hak demokrasi mereka tidak dinafikan akibat kekangan jarak dan kos.

Sehubungan itu, Madius turut menggesa supaya SPR dan kerajaan negeri meneliti keperluan undang-undang serta mekanisme pelaksanaan undi pos dengan segera.
Katanya, ia termasuk memperkenalkan sistem pengundian awal dan saluran maklumat kepada pengundi Sabah di luar negeri.


Sumber : Utusan Borneo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 28732 Replies : 19
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 27978 Replies : 35
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 3703 Replies : 64
Rumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
VellfireRumah Borak Borneo~Boleh bah, kalau kau
Views : 252 Replies : 155
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 28674 Replies : 20
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5679 Replies : 3496
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 202 Replies : 223
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191848 Replies : 3953
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38778 Replies : 669
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 323989 Replies : 3291

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.053140 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list