|
View: 218|Reply: 3
|
[Tempatan]
‘Harap Malaysia Tak Jadi Macam Nepal Akibat Rasuah’ – Azam Baki
[Copy link]
|
|
|
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki memberi amaran Malaysia boleh jadi pergolakan seperti di Nepal sekiranya amalan rasuah tidak dibendung, petik Free Malaysia Today.
“Lihatlah Nepal. Saya kagum dengan pelajar sekolah menengah Abiskar Raut yang memberi ucapan berhubung kejatuhan kerajaan Nepal,” katanya pada pertandingan debat antirasuah di Universiti Kebangsaan Malaysia malam tadi.
Azam Baki memetik ucapan pelajar tersebut dengan menyatakan “Kita adalah api yang akan membakar kegelapan, kita adalah ribut yang akan menghapuskan ketidakadilan.”
Beliau menegaskan rakyat tidak boleh membiarkan Malaysia mengalami nasib sama.
“Janganlah kita jadi seperti Nepal. Pada pandangan saya, negara kita masih terkawal, tetapi jika rasuah tidak dibendung, ia akan menjadi barah.” |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 13-10-2025 11:02 PM
Jika menjadi macam BanglaDesh bolehlah itu ... mumpung masih banyak Bangla di MalayDEsh yang bisa memberi TUTOR CARA untuk menjatuhkan pemerintahan yang korup itu secara baik dan benar serta efektif hasilnya tanpa perlu ada NYAWA yang hilang .. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata pepatah "The greatest trick the devil ever pulled was convincing the world he didn't exist" |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan putus asa. Terus korek walau kes lama, walau sebelum ni boleh lepas, walau dia ingat sekarang orang dah lupa, walau dokument dah dilupuskan, walau duit dah habis dijoli, walau sekarang dah pakai kopiah duduk surau, kasi strip semua balik seperti asal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|