CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 1

[Tempatan] Sekolah masih selamat-KPN.

[Copy link]
Post time 14-10-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini memberi jaminan, sekolah di seluruh negara masih lagi berada dalam keadaan selamat untuk anak-anak.



Beliau berkata, walaupun terdapat laporan kes buli serta keganasan fizikal dan seksual yang mendapat perhatian umum, kes sedemikian masih lagi kecil berbanding jumlah institusi pendidikan itu termasuk bilangan pelajar dan guru.

Malah, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri sentiasa berusaha memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak.

"Jika dilihat secara keseluruhan, sekolah di negara ini masih lagi selamat. Kita mempunyai lebih 10,000 sekolah dengan ratusan ribu pelajar dan lebih 400,000 guru.

"Malah PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan keselamatan (di sekolah) terjamin. Namun kita tidak menolak kemungkinan pendedahan di media sosial boleh mempengaruhi tindakan individu atau pelajar tertentu," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kempen Anti Buli, di sini hari ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ganggu sekolah kami.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.075602 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list