CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 6779|Reply: 70

[Jenayah] Namawee ditahan di hotel, disyaki miliki, ambil dadah

[Copy link]
Post time 3-11-2025 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Namawee ditahan di hotel, disyaki miliki, ambil dadah
Oleh Nuratikah Athilya Hassan - November 3, 2025 @ 9:48am



KUALA LUMPUR: Penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah di sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan lelaki berusia 42 tahun itu sekitar jam 4.30 petang.

"Hasil pemeriksaan di bilik hotel berkenaan menemui sembilan biji pil berwarna biru disyaki pil ekstasi dengan anggaran berat 5.12 gram.

"Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, suspek ditahan reman selama dua hari sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 24 Oktober lalu, terhadap dua pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 39A(1) akta sama kerana memiliki dadah, manakala bagi pertuduhan kedua Seksyen 15(1)(a) akta sama atas kesalahan menggunakan dadah.

"Suspek mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dan mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.

"Tarikh sebutan semula kes dijadualkan pada 18 Disember ini," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2025 04:19 PM | Show all posts
Padan muka.

Tak pernah suka dengan dia ni sejak lagu Negarakuku dan lagu mempersendakan TNB.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg influenza taiwan mati tu tt tamau tefek ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni keje apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa... penageh dadah ghopernya.

Dulu suka sangat provok² sampai satu malaya rimas dengan kelaku kau.
Apapun, lambaian karma itu menggamit mesra.
Now dah dapat obat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 05:02 PM | Show all posts
paling nyampah dgn dia haris sekandar nyayi lagu bukit mak, cam gampang je 2-2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dlm kehidupan mestilah sentiasa positif...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Huh penagih dadah rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2025 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 3-11-2025 05:53 PM
dlm kehidupan mestilah sentiasa positif...

Tak tahu kenapa meols rasa komen nie kelakar

Dah test positif masih ngaku tak bersalah

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2025 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kena tgkp zaman bangnon ...kalau zaman piyem lain musti acah2 teraniaya , mangsa kununs
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 07:18 AM | Show all posts
tangkap buat apa.. biar mampos sampah masyarakat semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 09:56 AM | Show all posts
boleh pergi mampos dengan mamat jilake ni. tak menyumbang apa apa kepada negara
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasain lho     
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 11:03 AM | Show all posts
ada kat sini rupanya mangkuk ni. ingat dah tak berani jejak malaysia. tadi ku baca ada sangkut kes retis taiwan yg mati tu jugek kan. good riddance la dikk..leh lepak dgn bosku la pasni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la buat lagu pasal ni nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh klasifikasi jd kes bunuh pulak eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2025 12:35 PM | Show all posts
lps ni boleh buat filem
berdasarkan dr kisah benar
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 12:49 PM | Show all posts
sama-sama high, pastu terbunuh orang pulak... dah sudahhh...mereputlah dlm penjara... makwe dia ke yang mati tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hotel mana ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari kes dadah ke kes bunuh. Mendapat la kali ni.
Nak spin kot mana lagi. Bunuh letak dadah lps tu overdose ke,yg influencer taiwan tu? Jumpa dlm bilik mandi hotelkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-12-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.081543 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list