[Tempatan]
Update :Professor Solehah Yaacob PERTAHAN kenyataan Kerajaan Roman belajar buat kapal Dari orang Melayu.Hasil kajian 20 tahun.Acik Forum pakar kapal sila sepatah 2 kata
She claimed her hypothesis is supported by numerous references, including:
PY Manguin’s “The Southeast Asian Ship: An Historical Approach” in the Journal of Southeast Asian Studies
PY Manguin’s ‘’Trading Ships of the South China Sea: Shipbuilding Techniques and Their Role in the History of Asian Trade Networks’’ in the Journal of the Economic and Social History of the Orient.
RL Smith’s book “Premodern Trade in World History.’’
Thomas Brightwell ‘’The Pentateuch’’ (1840) – It deserves a mention that Brightwell’s work is called Notes On The Pentateuch
PETALING JAYA – “Kenyataan saya berasas hipotisis penyelidikan yang dibangunkan hasil kajian sejak saya menamatkan pengajian PHD pada 2005″.
Demikian tegas Profesor Dr. Solehah Yaacob, ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kini menjadi tumpuan susulan kenyataannya mengenai hubungan tamadun Rom dan dunia Melayu.
Menurut beliau, kenyataan yang tular sejak beberapa hari lalu di media sosial telah disalah tafsir dan diputar belit oleh segelintir pihak yang tidak memahami konteks akademik sebenar syarahannya di Masjid Gombak Setia pada 31 Disember 2022.
“Saya bukan membuat dakwaan kosong. Kajian saya berpandukan manuskrip Arab klasik dan sumber sejarah Barat. Ini hasil penyelidikan lebih 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Solehah menjelaskan bahawa berdasarkan penemuan beliau, bangsa Melayu ialah pelayar dan pembina kapal paling awal dalam sejarah manusia, jauh sebelum bangsa Rom menguasai pelayaran di Mediterranean.
Katanya lagi, Kerajaan Rom hanya mula berlayar secara besar-besaran selepas penaklukan Mesir pada 31 sebelum masihi (SM), manakala bangsa Melayu sudah pun memiliki kepakaran membina kapal laut dalam dan berdagang merentasi samudera sejak ribuan tahun sebelumnya.
“Rom bangsa benua, Melayu bangsa laut. Jadi tidak mustahil teknologi pelayaran mereka berkembang hasil hubungan dengan dunia Melayu melalui laluan perdagangan purba,” jelasnya.
Tambah beliau, hipotesis itu disokong oleh pandangan ahli teologi British Thomas Brightwell (1840) serta catatan ilmuwan Islam seperti al-Kindi dan al-Biruni yang menyebut tentang kawasan al-Qal‘a dipercayai Kedah Tua sebagai pusat pembuatan besi dan senjata yang dikenali bangsa Rom.
Solehah turut menjelaskan bahawa beliau bukan menolak peranan tamadun lain, tetapi mahu mengembalikan hak sejarah bangsa Melayu yang selama ini jarang disebut dalam naratif global.
“Tamadun Melayu adalah pelopor maritim dunia, bukan sekadar pelayar Nusantara,” katanya.
KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang meneliti kenyataan pensyarahnya yang tular selepas mendakwa orang Rom belajar membina kapal daripada orang Melayu pada zaman dahulu.
Kenyataan itu dibuat oleh Prof. Dr. Solehah Yaacob dari Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS).
Rakaman videonya mendapat pelbagai reaksi di media sosial termasuk kritikan terhadap ketepatan fakta sejarah yang dibangkitkan.
Dalam kenyataan hari ini, pihak UIAM menegaskan, pandangan tersebut adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi universiti.
Pihak pengurusan universiti turut memandang serius dan kesal terhadap tindakan ahli akademik berkenaan yang menjejaskan integriti akademik serta imej UIAM.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM, universiti kini menjalankan penelitian dalaman mengikut tatacara sedia ada.
Tambahnya lagi, tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai.
UIAM juga menegaskan, pihaknya membawa prinsip kebebasan akademik namun menekankan setiap pandangan perlu berpaksikan ketepatan ilmiah dan tanggungjawab ilmiah agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. – MalaysiaGazette
Lecture by Associate Professor Solehah Yaacob of the International Islamic University Malaysia, claiming that ancient Romans learned shipbuilding techniques from Malay seafarers, has sparked widespread controversy online. Critics accused her of distorting history and questioned academic standards, pointing out major differences between Roman plank-on-frame ships and Malay lashed-lug designs. Supporters, however, praised her for highlighting Southeast Asia’s maritime legacy and cultural contributions. While Solehah’s talk explored the advanced naval skills of ancient Malay civilizations and their global connections, many found her assertion of Roman influence implausible. The debate has drawn ridicule, calls for evidence, and concerns over scholarly credibility, though
Post time 4-11-2025 12:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada2 saja si prof bani tamin ni. Kalau tengok kapal romans ni pun lain dr jenis jong yg melayu pakai. Melayu punya kapal mirip kapal dr china. Whilst romans pun kapal flat open macam kapal zaman firaun.
Post time 4-11-2025 12:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Prickford replied at 4-11-2025 11:50 AM
Teringat kisah ni
Eh mende reporter news ni. Dia gi nak tempah boat kat pulau duyong tu bukan dia nak gi belajar buat bot. Haiyo. Pastu dia jatuh cinta dgn tukang buat bit dia tu.
Post time 4-11-2025 02:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jap kalau Romans datang Malaya naper dia tak conquer aje? Roman empire zaman tu kan the biggest empire in the world. Baru la boleh team Harimau Malaya ada darah Italy. Tiberrrr
klu penyeidik dari negara lain ada harapanlah juga... tp penyelidik pun dari malaysia.. knp dari dulu tak ada penyelidik dari mana2 uni lain claim spt ini..... bagi buktilah.
harap bukti dan kesimpulan pun akan diakui penyeldiki lain.. klu tak boleh setahun guling2 sambil gelak
Post time 4-11-2025 04:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Biar betik propa nihh....org2 roman blh simpan rekod2 arkib dgn jitu siap tarikh bagai.....yg kt sini mendakwa hang tuah sbg hero siap pg cina tp xde 1 pun catatan dlm dinasti raja tiongkok....inikan plk org roman dtg sini belajar buat bot.....cmne tu
Post time 4-11-2025 04:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kitty_catz replied at 4-11-2025 02:20 PM
prof kangkung + bayam merah ni sis
The same prof kangkung yg kata bf si rainbow mawlana scammer tu ahlul bait siap kata ada bukti genealogy tp tak leh tunjuk sbb rahsia. Penjaga genealogy kat yemwn sana pulak kata, dis who? Tak kenai nama pun x de dlm buku tak pernah jumpa pun.
Point pentingnya sheol ada byk artikel sbg bukti tapi tak boleh tunjuk
Padahal kau boleh je buat excerpt, tulis bawah tu sumber...pandai la audience google takpun tanya AI..tapi itulah lagi seronok sembang ala2 ceramah politik