Seorang wanita menarik perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa selepas mendapati air zamzam yang dibawa pulang dari umrah telah diagihkan oleh ibunya kepada adik beradik lain tanpa pengetahuannya.
Menerusi perkongsian di platform Thread, pengguna akaun bernama @yoona8456 menceritakan bahawa dia baru pulang dari umrah dan terlalu letih sehingga tertidur sebaik tiba di rumah.
Namun, apabila bangun tidur, dia mendapati air zamzam 5 liter miliknya hanya tinggal sedikit. Menurut wanita itu, air tersebut telah diberikan kepada kakak dan abang-abangnya dengan jumlah yang banyak. Namun, apa yang membuatkan dia kecil hati ialah jumlah yang tinggal untuknya hanya sedikit iaitu 250ml je.
Lebih menyedihkan apabila ibu melabelnya kedekut sedangkan adik beradiknya tidak menghulur apa-apa bantuan untuknya ke umrah.
Rupa-rupanya sudah lama ibu bersikap pilih kasihDalam hantaran lain, wanita ini berkata, air zamzam itu hanyalah asbab kerana dia memendam rasa sejak sekian lama. Selama ini dia tidak pernah melawan apabila ibu bersikap pilih kasih, malah baju miliknya di dalam almari turut diserahkan kepada kakak ipar tanpa izinnya.
|