CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 188|Reply: 1

[Tempatan] Semantan Estate gagal dapat kebenaran rayu, tanah Jalan Duta kekal milik Kerajaan

[Copy link]
Post time 13-11-2025 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 13-11-2025 11:25 AM

bharian.com.my
Ahmad Johari Mohd Ali
November 13, 2025 @ 9:43am





PUTRAJAYA: Syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (SESB) gagal mendapatkan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan tanah di Mukim Batu dikenali sebagai Duta Enclave, sebagai hak milik kerajaan.

Pada 24 Jun lalu, tanah Duta Enclave kekal menjadi milik kerajaan selepas Kerajaan dan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan berjaya dalam rayuan mereka bagi mengetepikan perintah supaya ia memindah milik tanah berkenaan kepada SESB.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim menolak permohonan SESB selepas mendapati ia gagal memenuhi ambang peruntukan Seksyen 96(a) dan 96(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

"Kami berpendapat selepas meneliti semua hujahan dengan terperinci serta meneliti undang-undang dan perlembagaan, permohonan kebenaran oleh pemohon tidak memenuhi ambang keperluan seperti yang ditetapkan.


"Dengan itu, permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu ditolak dengan kos," kata Hasnah.

Tanah terbabit, yang terletak di lokasi utama Jalan Duta menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara sebelum ini juga turut mengarahkan pampasan dibayar kepada syarikat berkenaan, yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 90 hari dengan bantuan analisis pakar.

Ia juga menolak rayuan silang SESB supaya tanah berkenaan yang terbabit dalam pengambilan balik oleh kerajaan sejak 1956, dipindah milik kepada syarikat terbabit.

Terdahulu, Hasnah berkata, ia (pertikaikan) sepatutnya berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi pada 2009, iaitu pemohon (plaintif) mengekalkan kepentingan benefisial terhadap tanah seluas 263.272 ekar (106.542 hektar) di Mukim Batu, dahulunya dikenali sebagai Lot 4647.

Hasnah berkata, defendan (kerajaan) telah, melalui pekerja atau ejennya, mengambil milikan secara tidak sah, dan plaintif berhak terhadap defendan untuk mendapatkan milikan tanah berkenaan.



Beliau berkata, kedua - bahawa defendan hendaklah membayar kepada plaintif pampasan dalam bentuk mesne profits sebagai ganti rugi atas pencerobohan, dengan jumlah ganti rugi akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Mesne profit merujuk kepada pampasan yang perlu dibayar oleh seseorang yang telah menduduki atau menggunakan tanah orang lain tanpa kebenaran.

Menurut Hasnah, permohonan untuk perintah mandamus bagi memindahkan kepentingan boleh daftar hanya dibuat oleh SESB pada tahun 2017, iaitu lapan tahun selepas perintah 2009 dikeluarkan.

"Berdasarkan fakta kes, kami berpendapat bahawa permohonan ini berasaskan fakta dan tidak menimbulkan sebarang persoalan perlembagaan yang penting yang perlu dihujahkan atau diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Perintah 2009 itu jelas dan tidak mempunyai kekaburan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 01:26 PM | Show all posts
Either way, tetaplah jana income bilion-billion sampai 7 keturunan. Lagipun hilang satu sure ada hartanah lain merata negeri juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.070381 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list