CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30876|Reply: 2

[Pulau Pinang] Arwah suami mula meracau dua minggu lalu – Isteri

[Copy link]
Post time 18-11-2025 06:44 PM | Show all posts |Read mode
Nurul Natasha ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD




Arwah suami mula meracau dua minggu lalu – Isteri



  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI
  • 18 November 2025, 4:45 pm




GEORGE TOWN – Isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di sini, Ahad lalu mendakwa arwah suaminya mula meracau sejak dua minggu lalu.

Menurut Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, situasi tersebut menyebabkan mereka terpaksa berpindah dari kediaman sewa di Padang Serai, Kedah ke rumah ibunya yang terletak di Bertam, Seberang Perai Utara, minggu lalu.

“Arwah suami pernah beritahu yang ramai orang sedang meligannya (kejar).

Dia menangis sambil berkata yang dia tak sampai hati nak tinggalkan saya.

Malah, keluarga kami ada bawa dia pergi berubat secara rawatan Islam termasuk di hospital.

“Mengenai kejadian berlaku, saya dimaklumkan oleh rakan arwah suami, kira-kira pukul 8 malam, Ahad lalu melalui panggilan telefon. Saya awalnya memang tak percaya.

“Dia keluar pada hari itu untuk pergi ke kedai dobi. Dia hanya kutip semua pakaiannya sahaja.

Kalau saya tahu nak jadi begini, memang saya tak bagi dia keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang di sini, hari ini.

Nurul Nastasha yang hamil anak ketiga itu berkata lagi, dia merayu kepada orang ramai agar berhenti melemparkan prasangka atau tanggapan buruk kepada mereka sekeluarga atas kejadian yang berlaku.

“Saya tak mahu orang kacau mental saya yang sedang kemurungan. Kalau duduk dengan mak pun, kami tak akan sembang hal rumah tangga termasuk dengan siapa-siapa.

“Kami minta tolong jangan sesekali buat andaian sendiri sebab orang tak duduk di tempat kami. Malah, arwah langsung tak pernah cerita apa-apa tentang masalah dia.

Saya memang terkejut bila dia bertindak sedemikian,” ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, dia reda dengan ketentuan Illahi dan akan menjaga amanah yang ditinggalkan suami dengan sebaik mungkin.

Terdahulu, mayat Elmi Nu Zamani yang dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, Ahad lalu ditemukan dalam keadaan terapung berhamipran jeti di Pengkalan Weld di sini, kira-kira pukul 9.35 pagi tadi.

Mayat mangsa dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T berwarna putih, setelah hampir 40 jam kehilangannya dilaporkan. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/11/18/arwah-suami-mula-meracau-dua-minggu-lalu-isteri/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2025 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols lebih tertarik dgn umur isteri ni. 19 tahun dan skg tgh pregnant anak ke-3.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 03:37 PM | Show all posts
terjatuh atau menjatuhkan diri
semoga isterinya tabah
muda benar jadi balu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.196630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list