CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29650|Reply: 0

[Kedah] PTM labur RM2.6 bilion bina kilang tayar pintar di Kedah Rubber City

[Copy link]
Post time 18-11-2025 09:55 PM | Show all posts |Read mode
PTM labur RM2.6 bilion bina kilang tayar pintar di Kedah Rubber City

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
18 November 2025 07:48pm




Haim Hilman (tengah) melihat pameran yang disediakan sempena Majlis pecah tanah di KRC pada Selasa. Foto FB Haim Hilman Abdullah




PRINX TIRE (Malaysia) Sdn Bhd (PTM) bakal melabur sebanyak RM2.6 bilion dalam tempoh 15 tahun bagi membangunkan sebuah kilang pengeluaran tayar pintar dan mesra alam di Kedah Rubber City (KRC), di sini.

Majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Exco Industri dan pelaburan Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah pada Selasa.


Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam satu kenyataan berkata, pelaburan berskala besar itu dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan industri getah negara, sekali gus meletakkan Kedah sebagai hab utama pembuatan tayar termaju di Asia Tenggara.

Fasiliti berteknologi tinggi yang akan dibina di atas tanah seluas 102.63 ekar (41.53 hektar) itu dijadualkan memulakan operasi pada suku pertama tahun 2027.

Projek ini akan dilaksanakan dalam dua fasa, dengan Fasa 1 melibatkan pelaburan sebanyak RM1.2 bilion, manakala Fasa 2 pula RM1.4 bilion.

Menurut kenyataan itu, kilang berkenaan akan dilengkapi teknologi Industri 4.0, termasuk sistem automasi berskala tinggi, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus serta gudang pintar.

Apabila beroperasi sepenuhnya, kilang itu dijangka mampu menghasilkan sehingga sembilan juta tayar Radial Kereta Penumpang (PCR) setahun.

Pada peringkat awal, ia akan mengeluarkan enam juta tayar PCR dan 600,000 tayar Radial Trak dan Bas (TBR) setahun.

Lebih membanggakan, projek ini bakal mewujudkan sebanyak 1,056 peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang kejuruteraan, R&D dan pentadbiran, sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.


Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Mohamad Haris Kader Sultan berkata, keputusan PTM untuk menubuhkan fasiliti di KRC membuktikan potensi besar kawasan itu sebagai hab industri getah utama di ASEAN.

“Pelaburan penting oleh peneraju industri global ini adalah bukti kepada visi strategik NCER. Ia akan menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi dan memperkukuh ekosistem industri getah negara,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid pula, pelaburan tersebut sebagai bukti daya tarikan Malaysia sebagai destinasi projek berintensifkan modal.


“Komitmen PTM terhadap automasi dan kelestarian seiring dengan aspirasi negara untuk pertumbuhan perindustrian yang mampan.

Projek ini dijangka menyegarkan semula sektor pembuatan tayar dan memberi manfaat besar kepada Kedah serta kawasan sekitarnya,” ujarnya.

PTM juga dilaporkan akan menjadi penyewa utama yang menduduki 35 peratus kawasan Fasa 1 KRC, menjadikannya pemacu utama kepada pembangunan jangka panjang taman perindustrian tersebut.

KRC merupakan taman perindustrian getah khusus pertama di Malaysia dan disenaraikan sebagai projek berimpak tinggi nasional di bawah Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024–2030.

https://www.sinarharian.com.my/article/757221/bisnes/ptm-labur-rm26-bilion-bina-kilang-tayar-pintar-di-kedah-rubber-city


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.469010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list