CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2764|Reply: 20

SPRM acu pistol ke kepala Albert Tei - isteri

[Copy link]
Post time 28-11-2025 03:16 PM | Show all posts |Read mode



Isteri ahli perniagaan Albert Tei mendakwa terdapat pegawai SPRM mengacukan pistol ke arah suaminya sebelum menggari ahli perniagaan itu.


“Lepas (mereka) masuk, Albert Tei sudah turun.


“Mereka bawa dia tepi suruh baring, gari dia. Saya turun dari tangga.


“Mereka pun ambil pistol, tunjuk atas kepala, tapi ada jarak sikitlah,” dakwanya yang dikenali sebagai Lee ketika ditemui Malaysiakini di kediamannya di Puchong, Selangor.


Sebaik sahaja pegawai-pegawai itu selesai berurusan dengan Tei, Lee mendakwa ahli keluarganya yang lain diarahkan untuk berkumpul di satu tempat.


Dia mendakwa pegawai-pegawai itu merampas telefon bimbit mereka dipercayai untuk memadam video dan gambar daripada peranti tersebut.





“Mereka ambil semua telefon… semua video pun mereka delete… tetapi saya tak tahu apa yang telah mereka delete, saya belum check lagi,” tambah Lee.


Lee mendakwa pegawai-pegawai itu turut memeriksa seluruh rumahnya termasuk di sebalik langksir kerana khuatir ada kamera disembunyikan.

“Mereka takut ada kamera ke apa,” katanya.


Rumah diserbu





Terdahulu, pegawai SPRM dengan kelengkapan taktikal penuh – termasuk jaket kalis peluru dan balaklava – menyerbu rumah Tei dan membawanya masuk ke sebuah kereta sedan berwarna hitam.


Peguamnya, Zaid Malek, yang merakam video tersebut, kedengaran berulang kali bertanya kepada pegawai-pegawai itu ke mana mereka membawa Tei dan meminta bercakap dengan pegawai yang bertanggungjawab, namun tidak diendahkan.


Tei – yang merupakan watak utama dalam beberapa dakwaan rasuah melibatkan ahli politik terkenal di Sabah– dilihat mengangkat tangan ke arah kamera sambil melaungkan “lawan tetap lawan” sebelum dimasukkan ke kereta.


Bagaimanapun pegawai-pegawai itu kembali ke rumah Tei dalam beberapa minit selepas itu, sebelum membawanya pergi sekali lagi.


Seakan-akan penculikan


Ketika ditemui Malaysiakini di rumah Tei, Zaid berkata pegawai SPRM berkenaan membawa pergi Tei sekali lagi pada jam 12.50 tengah hari, tanpa memaklumkan ke mana dia dibawa.

Menyamakan tindakan itu dengan perbuatan penculikan, Zaid mengecam pegawai-pegawai terbabit kerana berkelakuan seolah-olah “undang-undang tidak wujud di negara ini”.


“Tiada seorang pun pegawai SPRM atau polis menunjukkan kad kuasa kepada saya.


“Saya berulang kali bertanya ke mana (Tei) dibawa, dan tiada seorang pun pegawai memaklumkan saya (butirannya),” katanya.


Dia mengesahkan bahawa walaupun Tei telah diberikan waran geledah, dokumen itu dihantar daripada “nombor tidak dikenali yang mendakwa dirinya pegawai SPRM” yang didakwa gagal memperkenalkan diri.


Tei sebelum ini mendedahkan dirinya memberikan wang kepada ahli politik di Sabag untuk mendapatkan lesen cari gali mineral, namun akhirnya dia tidak memperoleh lesen tersebut.


Terbaru dia mendakwa telah membelanjakan RM629,000 untuk bekas setiausaha politik perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang didakwanya telah memberi jaminan akan mendapatkan semula yang telah disalurkan kepada ahli politik terbabit.


Sumber : Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawan tetap lawan apa pundek oiii? ko tu terlibat dgn rasuah.itu sbb nya aku menyampah wartawan2 pundek dok gelarkan dia whistleblower.celah mananya??acah2 hero pala hotak dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni memang sah2 mengaku beri rasuah, takkan tak kena apa2
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadap kejar Harta dunia.

Harta dan Anak Anak adalah Fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 02:06 AM | Show all posts
swimswim replied at 28-11-2025 06:47 PM
Yg ni memang sah2 mengaku beri rasuah, takkan tak kena apa2

kalau dia kena, maksudnya yang diberi rasuah pon akan kena gak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang Melayu 2 orang tu serah diri kan, why not apek ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2025 12:24 PM | Show all posts
99% cina beri rasuah pada melayu yg ada kuasa

kat china, dah kena tembak= penerima dan pemberi.

sbb tu cina asal China tak mau balik ke China.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 29-11-2025 12:24 PM
99% cina beri rasuah pada melayu yg ada kuasa

kat china, dah kena tembak= penerima dan pemberi.

Sama Mulayu 'SENANG CELITA'....maaa.....(sad but true-Metallica).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2025 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat2 terima rasuah tu, tak diacu pistol dilayan macam penjenayah sampah sarap ka? Oh lupa. Meka sedang bertanding dalam PRN. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lah ada yg anggap dia hero
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik la kn tangkap ngn sprm dr ngn org yg bg dia duit tu.. Maunya hilang trus...
Dah ko yg bg rasuah.. Kn la tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya, ape ceritanye ni?
Bole bg pencerahan x?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 01:50 PM | Show all posts
Ini kes resuah yang pelik. Tabur resuah sana sini, juta-juta tapi claimed kena tipu, kena scam, tak dapat projek tah hapa-hapa lagi. Duit resuah acceptance adalah tanda commitment untuk berkoloberasi.
Kalu bagi resuah tapi projek tak dapat, bukan resuah le tu. Mungkin betullah scam saja statusnya.

Pada yang betul ambik duit dari dia ni, lantaklah kena tangkap juga aku tak kisah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 01:58 PM | Show all posts
silance replied at 29-11-2025 01:50 PM
Ini kes resuah yang pelik. Tabur resuah sana sini, juta-juta tapi claimed kena tipu, kena scam, tak  ...

cuma scam je ke? bukan rasuah?

leganya dengar
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 29-11-2025 02:53 PM

Haiyaaa saya lagi rugi maaa, kasi angkat pistol lagi meh

Rumah lagi mau banjir
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Gentleman dalam merasuah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2025 03:16 PM | Show all posts
Edited by silance at 29-11-2025 03:21 PM
kemaruk replied at 29-11-2025 01:58 PM
cuma scam je ke? bukan rasuah?

leganya dengar

Sepanjang pengetahuan aku pasal kes resuah, belum ada pemberi yang ngok ngannga tak dapat pulangan macam ni.
1st step calling-calling, then go karaoke, happy-happy. 2nd step, go negotiates % & ROI. 3rd steps sign mou & cash masuk. Resuah =win-win dua pengkhianats. Contohnya kaunter setting - ada duit ada kerja. Tapi die Kate die tak dapat projek pun.
Anyway aku tak sokong dua-dua pun. Aku lihat kes ni sebagai tak payah percaya sangat la yang ada kedudukan kat atas parti mana pun  especially yang M.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
helokkk abg sprm upanya..
rasuah dimana mana..mls nk ckp nnti kena lod
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 04:46 PM | Show all posts
“Mereka pun ambil pistol, tunjuk atas kepala, tapi ada jarak sikitlah,” dakwanya yang dikenali sebagai Lee...

Suruh dia lakonkan. Kekadang description ni banyak ditambah perisa. 'ada jarak sikit' tu how?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2025 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 29-11-2025 03:56 PM
helokkk abg sprm upanya..
rasuah dimana mana..mls nk ckp nnti kena lod

Tak nmpk muka pun.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 1.723845 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list