CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4955|Reply: 57

‘Siapa yang tak mahu zuriat? Sudah tentu kami aminkan doa’ - Amira Othman

[Copy link]
Post time 5-12-2025 12:49 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi Amira Othman menganggap setiap khabar angin dan dakwaan yang mengatakan dirinya kini berbadan dua sebagai satu doa.


Tidak terkejut dihujani dengan pertanyaan mengenai kehamilan, Amira, 30, berkata, perkara tersebut adalah normal buat mana-mana individu yang baru berkahwin.


“Adatlah bila sudah berkahwin, soalan seterusnya pasti tentang kehamilan. Sebelum kahwin orang tanya pasal jodoh, lepas kahwin orang tanya pasal zuriat pula.


“Untuk saya, sama ada nak menafikan atau mengaku, kami akan kongsi perkara yang baik-baik bila tiba masa yang sesuai. Apa pun, saya anggap semua pertanyaan itu sebagai doa.


“Sudah tentu kami aminkan. Siapa yang tak mahu zuriat? Cuma semua ada masa dan waktunya. Bila keadaan dan masa sesuai, kami akan kongsikan,” katanya ditemui pada program Amber Allstar Picklebash di Kings Court@TTDI, di sini, semalam.


Pada masa sama, dia juga tidak menolak rezeki zuriat sekiranya itu adalah aturan yang sudah ditetapkan Allah SWT.


“Kami tidaklah menolak (zuriat). Maksud saya, apa sahaja rezeki yang baik, kami terima.


“Jika Allah sudah aturkan waktu dan bilangan yang terbaik, itulah yang kami akur serta syukur,” katanya lagi.


Dalam masa sama, dia mengakui soalan berkaitan kehamilan dianggap perkara yang sensitif terhadap segelintir pasangan baru berumah tangga.


“Kami pun baru berkahwin dan saya akui, soalan ini sebenarnya agak sensitif, cuma sudah menjadi adat lebih-lebih lagi bila bergelar selebriti.


“Jujurnya, saya sendiri pun takut nak tanya orang lain soalan berkaitan kehamilan sebab bimbang menyentuh hal sensitif,” tuturnya.


Dalam pada itu, suaminya yang juga pelakon, Fattah, 35, berkata, dia dan Amira tidak pernah menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam tempoh terdekat.


“Dalam mana-mana perkahwinan pun, semua orang mahu ada zuriat. Cepat atau lambat, itu soal rezeki.


“Bila tiba masanya dan rezeki itu hadir, sudah tentu satu perkara yang baik dan kami akan kongsikan kepada peminat,” jelasnya.


Fattah menambah, dia dan Amira juga tidak pernah terasa hati apabila kerap dihujani dengan pertanyaan mengenai zuriat sebaliknya berterima kasih atas semua doa diberikan daripada peminat.


“Kami anggap apa sahaja kata-kata, harapan atau sangkaan sebagai doa. Bila mereka bertanya atau berharap yang baik-baik, kami aminkan sahaja.


“Takkanlah nak marah atau terasa hati. Setakat yang boleh kami kongsi, bila tiba waktu yang sesuai, kami akan maklumkan,” ujarnya.


Terdahulu, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menamatkan zaman dudanya dengan Amira pada 14 September lalu di sebuah resort di Sepang.





Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Penatnya kawen dgn atah. Kena live selalu, lepas tu kena tny bila nk pregnant plk. Hahha. Takpela kau pn dh lama sendu kan. BTW hodoh la baju ko pakai gi pickleball tu mira. Kau ni kena hire stylist la. Makin kepam tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
SisLena replied at 5-12-2025 01:13 PM
Penatnya kawen dgn atah. Kena live selalu, lepas tu kena tny bila nk pregnant plk. Hahha. Takpela ka ...

Kena suruh suami syurga hire stylist syira atiqah......she mmg pandai buat keje ni plus cantik lemah lembut lagi........seswai la keje dgn bini sorga.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
SisLena replied at 5-12-2025 01:13 PM
Penatnya kawen dgn atah. Kena live selalu, lepas tu kena tny bila nk pregnant plk. Hahha. Takpela ka ...

Kalau tengah suka, kepam macam mana pun heols terima seadanya sis…. Tengok bila dah tak suka nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm baru je lg bace benda camni psl deyols. Event yg same ke ditanye tu ke lain? Kalo lain, npk sgt reput takde benda lain nk tanye. Penat la tiap bulan kena tanye n kena bace benda same
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu kawen dgn kakak cantek pun berapa tahun bru dapat ... Tu pun berbuaih mulut berdoa kat mekah sana ..tu pun dpt sorang ja.   Mira kena g berdoa kat Mekah lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2025 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts

Kenapa huduh je heshe dalam pic atas
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 02:51 PM | Show all posts
knp gmbar atas tu dua2 selekeh.....sja je kan letak gmbar selebet... nak bg org kutuk....

pastu salahkan fazura..hahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ok le tu
looks deme complete each other being mediocre gitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 03:23 PM | Show all posts
Moga dikurniakan zuriat...

Fattah berdoa..
Fattah Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 5-12-2025 02:38 PM
Kenapa huduh je heshe dalam pic atas

Itu lah...dah bkn mcm retis kan...mcm akak jual goreng pisang .. itu sesuai lah sbb paneh menggoreng
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal muka spt penat bekerja dan lemak muka bertambah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain benor muka ko bila x mekap, mirah! Kalu lalu sebelah, aku ingat kakak cleaner.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 04:20 PM | Show all posts
sebelum ni buat lagu "bila nak kahwin" sebab kerimasan kena tanya soalan bila nak kahwin

adakah lepas ni akan buat lagu "bila nak ada anak" pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg reputz punnnn. Takkan tiap bulan tanya soalan pasal mengandung
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 5-12-2025 07:23 AM
Moga dikurniakan zuriat...

Fattah berdoa..

Hadddeehhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2025 05:25 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 5-12-2025 06:38 AM
Kenapa huduh je heshe dalam pic atas

iols nak tulis camni tp deleted. huwaaa, meols rasa berdosa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 benang FAAO mesti org yang sama komen dulu.


Terlebih concern kalah fans diorg sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 5-12-2025 05:29 PM
Mana2 benang FAAO mesti org yang sama komen dulu.



Samalah bila ada benang fazura. Haters lagi laju masuk komen dibenang2 fazura, penuh komen dari orang yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Memekak je. Lek2 je la baru je kawen kan.
Bedul cam first time pulak jadi bapak. Apoo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2026 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066284 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list