|
View: 1499|Reply: 14
|
[Tempatan]
Pemilik sauna hidap HIV dituduh dedah penyakit melalui aktiviti songsang
[Copy link]
|
|
|
Nur Izzati Mohamad
[email protected]
Disember 5, 2025 @ 4:12pm
Polis mengiringi tujuh tertuduh yang ditahan berkaitan aktiviti songsang di sebuah pusat sauna minggu lalu untuk berdepan beberapa pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. FOTO Nur Izzati Mohamad
Bukit Mertajam: Seorang pemilik pusat sauna yang ditahan dalam serbuan berkaitan aktiviti songsang didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan mendedahkan penyakit HIV kepada individu lain dan memiliki kandungan bahan lucah dalam telefon bimbit.
Khor Yik Keian, 57, turut diperintahkan penjara antara lapan hingga 10 bulan oleh Majistret Roshayati Radellah sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pertama, Yik Keain yang menghidap HIV didakwa mendedahkan penyakit berjangkit itu kepada orang lain melalui perbuatannya mengikut Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah yang disimpan dalam telefon bimbit.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Perai Jaya 4, Perai dalam daerah Seberang Perai Tengah, kira-kira jam 7 malam, pada 29 November lalu.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 bagi pertuduhan kedua selepas tertuduh mengaku bersalah.
Sementara itu, enam tertuduh termasuk seorang penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang turut ditahan menerusi serbuan di sauna berkenaan didakwa masing-masing atas pertuduhan memiliki bahan lucah dan melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Tiga tertuduh, Syed Al Aisy Syed Alfarly, 19; Teoh Wan Seong, 37 dan Ahmad Safwan Razali, 33, didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan kelucahan melampau mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
Mereka tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dibenarkan diikat jamin masing-masing RM7,000 dengan seorang penjamin.
Selain itu, tiga tertuduh terbabit bersama tiga yang lain iaitu Luo Yun iaitu warga China berusia 41 tahun, A A Mathiyalagan, 31 dan Mohd Redduwan Zairukaperi, 48, turut didakwa atas pertuduhan memilik bahan lucah yang disimpan dalam telefon bimbit masing-masing di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.
Syed Al Aisy,Wan Seong dan Ahmad Safwan tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan serta dibenarkan ikat jamin jamin RM3,000.
Manakala Luo Yun, A Mathiyalagan dan Mohd Redduwan pula, masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli.
Terdahulu, media melaporkan seramai 13 individu termasuk warga emas ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah pusat sauna di Jalan Perai Jaya, Seberang Perai, dekat sini yang kemudian membongkarkan kegiatan hubungan songsang membabitkan golongan jantina sama.
Salah seorang tertuduh Mohamad Azuddin Sabran, 58, didakwa di Mahkamah Sesyen di Butterworth, hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kenalannya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang dekat penang ni boleh pulak kena dakwa ye
Dekat chowkit takde bukti katanya.. yang dekat penang ni zakar masih melekat dalam lobang ke, lalu dibawak ke mahkamah jadi bahan bukti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Songsang yang kau pilih. Songsanglah yang kau dapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 5-12-2025 06:20 PM
Yang dekat penang ni boleh pulak kena dakwa ye
Dekat chowkit takde bukti katanya.. yang dekat penan ...
Kalau dapat tgk henpon 201 mesti macam2 ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde ngo yg nak bekap ke ni?
Tauke tu dah xde abang besar yang jaga?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila sistur in justice nk meroyan buat demo besar2an bantah apek ni kena dakwa? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik konsep spa gay ni
pengunjung bayar entry fee rm35, pastu dorang boleh pilih2 sesama sendiri kat dalam tu
kalau yang top, selagi tak pancut, maka boleh la sontot bontot lain pulak
dan yang bottom, selagi g-spot tak puas digesel, maka selagi tu la menungging untuk disontoti seberapa banyak pengunjung lain yang dihajati
ada tak tempat berkonsepkan macam ni, tapi untuk golongan straight?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow terang2 dia reveal semua nama tertuduh ya
Umur 58 dah bau tanah kubur pun masih duk menyontot menggayah lgi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KP tak malu ke yg belah penang ni boleh pulak disontot, eh sorry maaf, didakwa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak faham tuduhan pertama. Kenapa dituduh menyebarkan HIV sedangkan dia business owner. What if kalau dia pemilik restaurant, salah juga ka? Kes sangat lemah kalau dia pakai lawyer boleh menang tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 6-12-2025 09:17 AM
KP tak malu ke yg belah penang ni boleh pulak disontot, eh sorry maaf, didakwa
Kes di KL ditolak magistrate atas alasan permohonan lambat.
Yang di Penang ni pun baru tuduh, belum bicara lagi. Kecuali 3~4 orang yang dah mengaku salah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Undang2 utk pemilik restoran, kalau ada HIV takde apa2 pon sebab tak tersebar melalui penyediaan makanan. Yg ni dia didakwa di bawah undang2 kerana “mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan” — iaitu tindakan yang dianggap berbahaya dan tak selamat. Ia bukan kerana status HIV semata-mata, tetapi sbb tindakan atau perkhidmatan yg dikatakan boleh membahayakan kesihatan orang lain, atau membawa risiko jangkitan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Key contention kenapa kaitkan dengan status HIV beliau when dia cuma owner? unless dia sendiri caught in the act which is a different story lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada setengah manusia ni bila dia tahu dia ada penyakit dan dia bakal mati
dia akan terus bersemangat nak sebarkan penyakit dia. nak semua orang mati sekali.
kita orang islam lagi nak mati lagi kita wakaf siap2 . Cina mana ada.
Cina tu nak mati dalam keadaan muka ada senyum.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe lah tapi itu semua andaian mana boleh guna dalam court.
pendakwa memang kerja dia kena lah over tu pasal kena ada defense lawyer and in many cases medical expert untuk advise the court. Tah2 hakim pun tak tau pasal ada anti retro viral drug (contoh) masa tu lah nak ada plot twist tapi aku tak terkejut lah kalau owner ni decide bayar ja denda.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|