CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9792|Reply: 231

PANAS!!!YDP, Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar saman Rita Rudaini

[Copy link]
Post time 8-12-2025 02:51 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR : Dilempar dengan fitnah tidak berasas sejak beberapa bulan lalu, seorang tokoh akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Sabak Bernam,Selangor dan timbalannya nekad memfailkan saman sebanyak terhadap pelakon Rita Rudaini selepas RM1 juta notis tuntutan tidak dipatuhi.

Mohd Roslan Mohd Nor slaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman itu terhadap defendan, Rita ataua nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu.

Menurut Adnan, kedua-dua plaintif memfailkan writ saman terhadap Rita selepas didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah yang dimuat naik melalui Instagram, WhatsApp dan platform lain.

“Antara label fitnah yang dipersoalkan termasuk dakwaan plaintif-plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak professional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta tuduhan salah urus wang ibu bapa.

“Kenyataan tersebut turut mengakibatkan penerbitan artikel sebuah akhbar tempatan yang memetik dakwaan mengenai kepincangan MUAFAKAT MRSM yang diterajui plaintif-plaintif,” katanya dalam satu siding media pada Ahad.

Menurut Adnan, kedua-dua plaintif turut mendakwa defendan bertindak secara semberono dan dikatakan mempunyai niat jahat kerana memuat naik kenyataan tanpa semakan serta mempunyai kesan reputasi yang besar memandangkan jumlah pengikut defendan yang ramai.

“Justeru plaintif menuntut perintah injunksi, memadam kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk, pengajaran, faedah 5% setahun dan kos tindakan.

“Kes ini dibawa ke peringkat mahkamah selepas defendan gagal memadam semua pernyataan berbaur fitnah, aku janji tidak menerbitkan pernyataan fitnah, permohonan maaf dan ganti rugi am sebanyak RM1 juta yang diminta plaintif dalam satu notis tuntutan bertarikh 15 Oktober lalu.

Untuk rekod, kedua-dua plaintif yang mempunyai anak yang sedang mengikuti pengajian di sekolah terbabit merupakan tokoh Pendidikan dan akademik.

Plaintif pertama merupakan pensyarah kanan Universiti Malaya dan ahli beberapa Majlis Agama Islam Negeri manakala plaintif kedua berkhidmat sebagai pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru cawangan Ipoh, Perak, Munsyi Dewan Bahasa dan Panel Pembangunan Sijil Kemahiran Malaysia.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2025 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi ko dah kenapa semua kena up kat med soc nok?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap je Rita ..cepatlah berkicau
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dah cerdik. Mak pulak hingaq tak ketahuan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kenapa eh? Muafakat ni mcm apa? Pibg ke? Dgn pibg pun nak gado..hr tu dgn parents budak2 kan..hahah pening mmg kaki gado
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mrsm Gemencheh pun dia gaduh kan.Yg ni Mrsm Sg Besar pulak. Dia ni tak pikir ke anak masih belajar kat situ? Kesian betul kat anak dia dpt mak capoii cmni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2025 03:18 PM | Show all posts
KESIAN ANAK ANG
mesti dia malu
pressure
kemurungan
risau tjejas pelajaran dia
ang x fikir ka kat anak sama oiii

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya ikut apa yg i baca ramai je parents x setuju apa yg ydp ni buat, tapi sebab rita ni artis bila dia up story jd meletop la lg ramai yg tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm ada masalah mental la
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
baby_bro85 replied at 8-12-2025 03:19 PM
Sebenarnya ikut apa yg i baca ramai je parents x setuju apa yg ydp ni buat, tapi sebab rita ni artis ...

Uols ada anak kat mrsm eh..apa yg ydp tu buat?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak kelas belakang vs academicians.. Mm mesti budak kelas belakang menang kan kan kan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya tak muafakat lah yer
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:34 PM | Show all posts
baby_bro85 replied at 8-12-2025 03:19 PM
Sebenarnya ikut apa yg i baca ramai je parents x setuju apa yg ydp ni buat, tapi sebab rita ni artis ...

bole je tak setuju, tapi sampai dok gelar org macam2 prof kangkung segala mmg mendapat la
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 8-12-2025 03:04 PM
Anak dah cerdik. Mak pulak hingaq tak ketahuan.

Allah tak bagi semua.. Dia bagi dalam nikmat ada ujian.. Begitu lah... Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sama cam chep wan. Nak ngamuk pun pakai socmed. Memang makanannya saman ajelah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 8-12-2025 03:18 PM
KESIAN ANAK ANG
mesti dia malu
pressure


Hari ni paper Kimia. Lusa  paper Biology SPM.... Harap airit tak terjejas tumpuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita ni as parents kalau ada berlaga angin dgn pibg@Sekolah tu ikut la saluran yg betul.
Duk main post kat medsoc mmg mendapat la LOD dgn hang tu ramai follower.
Kalau hang punya follower zero 0 xdekla org tu gelatat sgt nyer pon...
Dah dpt LOD tehtap xnk kalah tu xpadam pun post kat medsoc maka mendapatlah saman sejuta.
Aduh tak berbaloi oi
Musti si anak terganggu emosi kat maktab sana.
Dah la tgh musim exam weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:50 PM | Show all posts
baby_bro85 replied at 8-12-2025 07:19 AM
Sebenarnya ikut apa yg i baca ramai je parents x setuju apa yg ydp ni buat, tapi sebab rita ni artis ...

iols pun baca benda sama itu hari
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg bkn sape2 ni pon x berani nak komplen2 pibg skolah..xberani nak bg pendpt bkn2..nnt takut anak kene boikot atau cikgu pandang anak lain mcm...ape la rita ni..xpk lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2025 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 8-12-2025 03:24 PM
Uols ada anak kat mrsm eh..apa yg ydp tu buat?

I baca kt fb je uollss ada time tu panas gak la, highlight pasal cerita YDP ni.. i baca je komen2 tu ramai parents yg komen juga di situ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068430 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list