|
View: 3399|Reply: 84
|
[Tempatan]
Impian melancong ke Korea berkecai.Rakyat Malaysia ditahan 10 jam sebelum disuruh balik Malaysia
[Copy link]
|
|
|
Oleh ALIA NATASHA CHAHIDAN
8 Disember 2025, 11:45 am
Hantaran gambar oleh @iffahhannani_ ketika ditahan di imigresen Korea Selatan.
PETALING JAYA – Pengalaman seorang wanita yang ditahan hampir 10 jam di imigresen sebelum dinafikan kemasukan ke Korea Selatan tanpa sebarang alasan kukuh menarik perhatian ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads oleh @iffahhannani_, dia berkongsi bagaimana dia diarahkan pulang semula ke Malaysia walaupun semua dokumen perjalanan sudah lengkap.
“Kami ditahan dan dinafikan kemasukan oleh Imigresen Korea tanpa sebab yang jelas. Dokumen lengkap. Tiada rekod jenayah. Tiada senarai hitam tetapi masih ditolak,” tulisnya.
Menurutnya, segala dokumen sokongan yang sudah disediakan langsung tidak diperiksa oleh pegawai bertugas.
Lebih tertekan, mereka turut digesa membeli tiket pulang dengan segera selain cuba mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Malaysia namun tidak berhasil.
Lebih menyedihkan, lima rakan mereka yang lain daripada kumpulan, jadual perjalanan dan dokumen yang sama tidak menghadapi masalah kerana berada di lorong imigresen serta pegawai yang berbeza.
“Perkara paling menyakitkan? Kami semua datang bersama, daftar masuk bersama dan mendarat bersama. Satu-satunya perbezaannya cuma lorong dan pegawai yang berbeza. Betapa tak konsisten dan tak adilnya situasi itu dirasai,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, wanita itu turut menjelaskan selain kumpulannya terdapat sepasang suami isteri yang membawa anak berusia lima tahun turut dinafikan hak untuk masuk ke negara berkenaan.
Membalas kepada Iffah, @Naya_dieya yang merupakan ibu kepada kanak-kanak berusia lima tahun itu tampil menjelaskan perkara yang sama bagi mengesahkan cerita berkenaan.
Katanya, dia, suami dan anak juga turut merasai pengalaman yang sama pada waktu dan hari yang sama tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.
“Terima kasih @iffahhannani_ sebab muat naik pasal ini mewakili saya dan keluarga. Merujuk kepada hantaran Iffah, ya saya lah suami, isteri dan anak berusia lima tahun yang perlu pulang ke Malaysia selepas diarahkan oleh imigresen Korea Selatan. Situasi, hari dan penerbangan yang sama.
“Bayangkan anak yang teruja nak melancong, dokumen semua sudah lengkap macam Iffah juga. Tapi sudah nasib ikut ‘mood’ pegawai pun susah juga. Tanpa penjelasan dan sikap tak beradab terus dipaksa tandatangan dan pulang,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
padan muke batak batak korea |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih menyedihkan, lima rakan mereka yang lain daripada kumpulan, jadual perjalanan dan dokumen yang sama tidak menghadapi masalah kerana berada di lorong imigresen serta pegawai yang berbeza.
“Perkara paling menyakitkan? Kami semua datang bersama, daftar masuk bersama dan mendarat bersama. Satu-satunya perbezaannya cuma lorong dan pegawai yang berbeza. Betapa tak konsisten dan tak adilnya situasi itu dirasai,” tulisnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kenap suka nau pi korea sana? best sangat ke?
nak cari oppa nonek pendek ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
korea japan australia boleh slow2 keluar list melancong rakyat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mamun situasi yang berbeza di sebuah negara lain yang mana penjaga pintunya bongok teramat, sanggup bersekongkol jadi pengkhianat bawa masuk segala macam pati gered g.
Nusantara dengan depa beza warna sikit saja pun depa tak bagi chance. Kalu depa bongok, itaewon itu suda tukar jadi dhakawon. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Korea antara negara yg aku xkan jejak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah kau hadap sangat pergi korea kan dah kena sissy. Cuba kau guna duit tu pergi umrah mesti allah permudahkan urusan cikcur kau kena khen sissy? #DoneModeSetajah  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kata rentikan la pegi korea nun
korang tidak di"welcome" yah  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini dgn lagu, budaya, bahasa, makanan semua Korea. Padahal diorg pandang suwey tahap alas kaki aje  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiber2 teringin nak tengok citer Winter Sonata... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada apply korean eta online tak? itu requirement |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka pergi Arab Saudi.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baru je balik korea. naik vietnam airlines. landing jam 6pg. pastu waktu yg sama airasia pun landing kot. nampak ramai anak2 muda, random pick kena bawak masuk bilik. tapi yg 1 pattern iols perasan, dorg pakai selekeh. mcm gaya2 nk petik buah gitu yg fashionable mostly lepas je. agaknya kena bergaya mcm retis. bukan backpacking yer. anyway, tak repeat dh la kot. biasher2 je la. pergi pun sbb nk ski je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buat timbal balas. Pelancong Korea Selatan touch down klia 1 dan Klia 2 diperiksa 100%. Deny entry jika pakai selekeh, tak mandi dan tak reti cakap English |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kena shower dengan air ruqya + hembus spells ke immigration staff.... Halau segala dengki + satan.... Maybe la good tips |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan2 meols ada 2-3 org nak bercuti ke south korea with family this month...hope no issue for them bila smp imigration sana...
meols dah pnh gi south korea tahun 2012, cukuplah sekali...tak kuasa nak repeat.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin mereka tak pay enough money utk pass
U know... Itulah Korea |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|