CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1292|Reply: 19

[Tempatan] Kebakaran kondo Mont Kiara: Lelaki ditemui rentung di balkoni

[Copy link]
Post time 11-12-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sinar Harian
11 Disember 2025 08:55am

Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat 26 kondominium di Segambut di sini pada Rabu.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran sebuah unit kediaman di tingkat 26 kondominium di Mont Kiara di sini pada Rabu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima melalui sistem NG999 pada jam 8.46 malam.

"Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas bersama BBP Menjalara, BBP Sentul dan BBP Taman Tun Dr Ismail digerakkan ke lokasi," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak di dalam unit berkenaan.

"Operasi pemadaman dan penyelamatan dilaksanakan segera namun Bomba menghadapi kesukaran ekoran sistem pencegah kebakaran bangunan tidak berfungsi dengan baik.

"Pasukan bomba terpaksa menggunakan dua pam angkut serta pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terlibat," katanya.

Katanya, pasukan bomba kemudian menemukan seorang lelaki di bahagian balkoni dalam keadaan melecur seratus peratus.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.03 pagi. Punca kejadian masih dalam siasatan Unit Forensik Bomba," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2025 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa lelaki tu...innalillah..kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2025 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes anak arwah jcorp dulu.


Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2025 08:33 PM | Show all posts
noor2 replied at 11-12-2025 07:58 PM
Siapa lelaki tu...innalillah..kesiannya

biasa yg dudok kat area2 camni non-muslim.. banyak expats dok kondo kat mont kiara/hartamas ni..

kat ctu ada beberapa international school so teacher2 yg mengajar kat international schools tu mostly menyewa kondo

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2025 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak asap pastu panik, keluar rumah tergesa gesa lalu disambar api dekat koridor/sesak nafas di koridor lalu pengsan dan disambar api?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2025 09:30 PM | Show all posts
Berapa tingkat kondo ni? Pernah duduk tingkat 21 pun dah seriau tinggi giler..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 10:40 AM | Show all posts
hari tu kat mana tah terbaca macam ada teh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2025 12:15 PM | Show all posts
aku harap dia bukan mati terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 12:34 PM | Show all posts
Dahulu sewaktu saya masih tinggal di condo saya di Mont kiara di tingkat 29 kadang kadang waktu malam secara tiba tiba terjaga dan terfikir  apa akan terjadi apabila berlaku seperti ini. Takut terus tak boleh tidur sampai lagi. Dan pernah kawan saya datang kerana dia ada masalah peribadi tapi dia tak bagi tau saya, selepas beberapa hari dia bagi tau saya dia terfikir nak terjun dari balcony rumah saya. Seram. Jika dia terjun mesti saya yang menjadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 12-12-2025 06:44 PM

Jgn dekat2 balcony takut kena rasuk hantu terjun, pastu dlm rumah kena stanby baju kalis api ada topeng gas tangga bertali safety harness kapak, pintu tangga patut jgn berkunci
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 12-12-2025 06:28 PM

kalau jd gitu apa ptt kita buat..sbb i dk kondo ngn kucing i sekor..
i kn pnh ckp kt mak i..kalau jd pape i akn slmtkn kucing i dlu....sheram
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 08:43 PM | Show all posts
Dari penceritaan abam bomba, dia mati hangus kat balkoni depan.
Aku syak kebakaran berlaku bermula dari dapur.

Kenapa dapur?
Dalam layout kondo, kebanyakannya dapur duduk kat sebelah pintu masuk rumah.
Bila asap banyak (warna kelabu gelap) dari dapur mula merebak cepat, memang takkan nampak apa kecuali kena merangkak cari pintu keluar.(bersebelahan dapur)
Jika api sangat marak dan haba terlalu panas, laluan pintu keluar auto terhalang terus.

Jika dia tersedar dari dalam bilik, secara spontan takde cara lain terus berlari ke balkoni sebab sini saja yang ruangannya terbuka ke arah luar.
Namun jika dia berada di ruang tamu, mungkin sempat lari keluar melalui pintu utama tetapi ini tidak berlaku.
Tangga kecemasan kebakaran adalah tempat paling selamat untuk dia selamatkan diri.

Bila berada kat balkoni, barangkali dia tutup sliding glass door tak mau asap keluar ikut situ.
Tapi pada tahap tertentu haba panas boleh memecahkan kaca.
Once pecah, high pressure kat dalam rumah (confined space) tu auto keluar ke low pressure area.
Asap dan haba super panas akan menderu keluar melalui balkoni tadi. Sebab tu dia mati kat situ.

Bomba slalu bagitau, kebanyakan punca utama mangsa mati adalah sebab sesak nafas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2025 08:44 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 12-12-2025 12:34 PM
Dahulu sewaktu saya masih tinggal di condo saya di Mont kiara di tingkat 29 kadang kadang waktu mala ...

Dia terjun tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2025 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-12-2025 04:15 AM
aku harap dia bukan mati terbakar

Sebelum terbakar rasanya dia dah pengsan dulu hidu asap karbon monoxide tu so iya, maybe tak sempat rasa sengsara dibakar hidup2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2025 04:55 AM | Show all posts

Berlaku pada tahun 2006. Jika berlaku mungkin saya sudah tiada di dunia ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2025 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2025 11:13 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-12-2025 01:32 AM
Sebelum terbakar rasanya dia dah pengsan dulu hidu asap karbon monoxide tu so iya, maybe tak sempa ...

mungkin juga. kalau tak pengsan, dia mungkin dah terjun.

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2025 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kt thread psl jmb kondo ni
Residents yg confess la...katanya jmb hauk sbb hos air bomba x function ke apa ntah..mcm jmb malas nk buat mentenen sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2025 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hunny_hayati at 13-12-2025 08:28 PM
dua_chzy replied at 13-12-2025 01:32 AM
Sebelum terbakar rasanya dia dah pengsan dulu hidu asap karbon monoxide tu so iya, maybe tak sempa ...


Tadi terlalu kat fyp tiktok,ada rakaman dari kondo bertentangan,dengar kuat jeritan masa kebakaran. Tapi taktao laa kalo yg jerit tu jiran² atas bawah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.065150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list