CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 583|Reply: 10

[Politik] PAS lawan PAS, krisis 'tebuk atap' di Perlis paling hina - Mahfuz

[Copy link]
Post time 25-12-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Diterbitkan:  Dec 25, 2025




Amanah melihat pergolakan kerajaan Perlis adalah potret sebenar kegagalan PAS dan PN apabila diberi kuasa tanpa disiplin dan keupayaan mentadbir sekali gus menyaksikan ‘tebuk atap’ paling hina berlaku.


Naib presidennya Mahfuz Omar berkata, kemelut yang berlaku bukan lagi perbezaan pandangan sebaliknya perang terbuka dalam sebuah kerajaan apabila exco, Adun PN dan PAS melawan menteri besar dan parti itu sendiri.

“Krisis ini bukan baru, tetapi telah berlarutan lebih setahun. Pelbagai pertukaran kepimpinan dilakukan, pesuruhjaya PAS ditukar, pengerusi PN dilantik baru, rundingan tertutup diadakan namun semuanya gagal.

“Ini membuktikan satu hakikat yang tidak boleh disangkal. Masalah sebenar ialah perebutan kuasa dalaman PAS dan kegagalan PN mengawal gabungan sendiri.



“Perlis ialah sebuah negeri yang kecil keluasannya lebih kecil daripada sebuah daerah di Kedah, jumlah rakyatnya juga tidak ramai. Namun amat memalukan apabila negeri sekecil ini menjadi negeri paling tidak stabil, paling bercelaru dan paling memalukan dari sudut tadbir urus politik. Jika negeri kecil pun gagal diurus, ini bukan soal cabaran, ini soal ketidaklayakan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bekas ahli parlimen Pokok Sena itu berkata demikian sebagai mengulas pergolakan kerajaan Perlis selepas tiga Adun PAS diumumkan terhenti keahlian parti serta-merta.

Tindakan itu diambil terhadap Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.



Ia dipercayai susulan pergolakan dihadapi kerajaan Perlis selepas tercetusnya usaha menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar, Shukri Ramli.




"Apa yang berlaku hari ini ialah politik tebuk atap tahap paling hina dan mereka menebuk atap rumah yang mereka sendiri bina dan dirikan," kata Mahfuz.

Tebuk atap rumah sendiri

Merujuk kepada Langkah Sheraton pada tahun 2020, Mahfuz berkata PN ketika itu ‘menebuk atap rumah orang" kerana mahu mencuri dan kini berbuat demikian kepada "atap rumah sendiri".

“Dulu kala orang tebuk atap rumah sendiri sebab nak halau hantu raya atau pelesit yang tuan rumah bela dan dia sedang nazak. Lalu kaum keluarga panggil bomoh mai (datang) pelepas. Mungkin ada sungguh pelesit dalam kerajaan Perlis sehingga mandat rakyat dikhianati oleh kerakusan kuasa.

“Tiada tekanan luar, tiada musuh politik, kerajaan PN di Perlis sedang mengusik rakyat kerana tamak dan perebutan sesama sendiri.

“Lebih buruk, PAS yang selama ini mendakwa membawa politik Islam dan moral tinggi kini terdedah sebagai parti yang gagal mengurus dalaman sendiri.

“Perebutan pengaruh dalam PAS Perlis bukan lagi rahsia. Ia terbuka, berpanjangan dan memalukan. Agama dilaungkan di pentas, tetapi kuasa direbut di belakang tabir,” katanya.

Tambahnya, apabila Adun daripada parti dan gabungan yang sama hilang kepercayaan kepada kepimpinan sendiri, itu adalah tanda kegagalan total kepimpinan politik.

“PAS dan PN sudah hilang autoriti moral untuk bercakap soal kestabilan, integriti dan pentadbiran negara.

“Rakyat Perlis hari ini dijadikan tebusan kepada perbalahan dalaman yang tidak berkesudahan. Pentadbiran negeri terabai, keyakinan rakyat runtuh, dan imej politik Islam rosak oleh tangan PAS sendiri,” kata Mahfuz.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2025 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
patutnya raja perlis basuh kaw kaw menteei bsar yg letak jawatan tu...kalau x capable knp nk pegang post menteri besar dulu...
musim musim org check kpi tahunan lak menteri besar ni buat hal...
patutnya ex menteri besarni minta maaf kt seluruh  rakyat perlis tu..negeri besar daerah kedah tu pun x leh nak manage...buat malu kat DO daerah kubang pasu je..

rasanya..perlis ni kena merged dgn kedah kot lagi better...takyah la kedah dok sibuk nak claim penang tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 25-12-2025 07:55 PM

Kahkahkah...turun Anwar dah jadi turun Pas..qunut nazilah lobai Jasin dah backfired ka






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak iols ketinggalan apa nih ye?
Padahal baru balik dari coti2 kat perlis
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 09:35 PM | Show all posts
Kalu dapat pegang putarjaya, macamana agaknye.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 09:55 PM | Show all posts
Dulu dah tebok atap satu negara, menjadi.
Now tebok atap satu negeri kecik... apa laa sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2025 02:08 AM | Show all posts

Hadi buang lebai....

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 09:05 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tebuk Atap ni perkataan yang diciptakan oleh Lebai Hadi semasa nak jatuhkan kerajaan PH 1.0 sebelum Covid sekarang berlaku dalam negeri pimpinan PAS iaitu Perlis.

What goes around comes around.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 02:57 PM | Show all posts
dia panggil pelesit.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 03:33 PM | Show all posts
asal kan tak melaiwat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.446916 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list