CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

Noor Azman kembali pikul tugas Setiausaha Agung FAM

[Copy link]
Post time 9-1-2026 10:38 AM | Show all posts |Read mode




PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Datuk Noor Azman Rahman yang sebelum ini digantung tugas setiausaha agung badan induk itu kembali bertugas berkuat-kuasa serta merta hari ini.

Menerusi satu kenyataan media FAM, keputusan diambil badan persatuan itu selepas mendapati Noor Azman tidak bersalah dalam pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan negara yang digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), September lepas.

“FAM menjelaskan bahawa dapatan siasatan mendapati Noor Azman hanya terkait dengan isu kecuaian pentadbiran dan tidak didapati bersalah atau terlibat dalam sebarang bentuk pemalsuan dokumen seperti yang didakwa sebelum ini.

“Pelantikan semula ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kedudukan Noor Azman dalam struktur pengurusan tertinggi FAM, selain dijangka membantu memastikan kelangsungan serta kestabilan pentadbiran badan induk bola sepak negara itu menjelang pelbagai agenda penting yang akan datang.

“Justeru, FAM mengesahkan pelantikan semula  Noor Azman sebagai Setiausaha Agung FAM selepas Jawatankuasa Tatatertib  memutuskan bahawa penggantungan beliau telah berakhir, berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan tersebut.

Keputusan menarik balik penggantungan Noor Azman dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang berlangsung kelmarin, sekali gus membuka laluan kepada Noor Azman untuk kembali menerajui jawatan berpengaruh dalam pentadbiran badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu, selepas meneliti laporan IIC bertarikh 15 Disember serta mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dilalui, memutuskan bahawa Noor Azman boleh dikembalikan ke jawatannya sebagai Setiausaha Agung tanpa sebarang penangguhan.

Sebagai rekod, Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram memaklumkan Noor Azman digantung pada Oktober lepas susulan isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya yang menggegarkan arena sukan tanah air.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.044020 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list