Edited by YgBenar at 17-1-2026 04:31 PM
PERKEMBANGAN KES ORANG HILANG (OH) DAERAH TAIPING
Taiping, 16 Januari 2026 - Bersabit hantaran hebahan orang hilang (OH) melibatkan seorang wanita.
Polis Daerah Taiping mengesahkan wanita yang dilaporkan hilang telah dijumpai dalam keadaan baik dan selamat. Pihak Polis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bantuan serta keprihatinan masyarakat kerana berkongsi hantaran tersebut.
Siaran Pusat Khidmat ADUN Changkat Jering
Alhamdulillah 
Saya telah menziarahi keluarga adik Nurathirah Najwa binti Sulaiman di Kampung Jelutong kira-kira jam 11 pagi tadi bagi bertanya khabar serta mendapatkan perkembangan berhubung kehilangan anak mereka sejak seminggu yang lalu.
Dalam masa yang sama, saya juga telah menghubungi Ketua Polis IPD Taiping, yang akan secara rasmi memegang jawatan tersebut pada 16 haribulan ini, bagi mendapatkan maklumat lanjut serta tindakan yang sedang dan akan diambil.
Syukur ke hadrat Allah SWT, sekitar jam 3 petang, saya menerima makluman melalui WhatsApp bahawa adik Nurathirah Najwa telah ditemui dengan selamat di R&R Sungai Buloh.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya , atas usaha dan kerjasama yang diberikan.
Semoga urusan keluarga ini terus dipermudahkan dan diberikan kekuatan.
polis Mohon Bantuan Kesan Nurathirah Najwa
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berbangsa Melayu yang dilapor hilang di sekitar Changkat Jering, Taiping, Perak.
Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Polis Daerah Taiping di Facebook, Nurathirah Najwa binti Sulaiman yang berusia 24 tahun memiliki ketinggian kira-kira 166 sentimeter, berbadan kurus, berkulit hitam manis.
Laporan kehilangan itu direkodkan di Balai Polis Changkat Jering dengan nombor laporan 0044/26.
0rang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan wanita tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, SM Hishamuddin Abdullah (BP Changkat Jering) di talian 05-855 3222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. |