SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tidak memilih bulu atau pangkat dalam menjalankan siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketelusan SPRM sebagai badan pencegah rasuah telah dibuktikan sejak beberapa tahun lalu.
“Kami tidak akan memilih kasih, memilih bulu dan sebagainya tanpa mengira kelas seseorang dan ini sebenarnya telah dibuktikan SPRM sejak beberapa tahun lepas lagi.
“Kalau ada masyarakat yang masih memandangkan kami hanya menyiasat ikan bilis, terpulang. Ini semua persepsi pada saya mereka hanya mahu melihat kejatuhan SPRM sahaja,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca), Bandar Enstek Nilai, di sini.
Azam Baki berkata, pihak SPRM turut menjunjung titah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang tegas mahu memerangi rasuah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 semalam.
“Saya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong atas ucapan yang tegas mahu memastikan supaya isu rasuah, salah guna kuasa dan juga peningkatan integriti dilaksanakan dengan begitu tegas terutama oleh SPRM.
“Jadi, mandat yang kita terima ini terutama sekali daripada titah Yang di-Pertuan Agong, akan kita laksanakan sebaik mungkin,” katanya.
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan mengapa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz masih belum disiasat berkaitan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohd. Puad berkata, nama Zeti telah banyak kali disebut dalam perbicaraan berkaitan kes berkenaan.
Menurutnya, pelbagai pihak seolah-olah lupa kenyataan yang dibuat oleh saksi utama pendakwaan Jasmine Loo Ai Swan ketika disoal peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 4 April lalu.
“Dia saksi pendakwa kes 1MDB. Dia sahkan Jho Low sebut nama Zeti banyak kali. Jho Low dakwa akan ‘uruskan’ Zeti kalau wujud masalah antara 1MDB dengan Bank Negara.
“Sebelum itu Joanna Yu, Pengurus Ambank turut mengaku Jho Low sering beritahu dia bahawa Zeti rapat dengan Jho Low sehingga mungkin telah bercuti bersama.
“Semua pengakuan itu dibuat dalam mahkamah. Sampai sekarang Zeti tidak disiasat walau timbul banyak persoalan,” kata Mohd. Puad dalam kenyataan.
Tambah Mohd. Puad, media turut melaporkan keluarga Zeti menerima RM700 juta daripada penjenayah utama dalam kes 1MDB, Jho Low.
“Apatah lagi The Edge melaporkan Jho Low membayar RM700 juta ke akaun bank keluarga Zeti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis Singapura sahkan RM65 juta telah dikembalikan.
“Malangnya mahkamah tidak benarkan Najib memasukkan bukti ini dalam kes SRC. Hingga kini Zeti tidak disiasat? Apakah kena buat laporan polis baru disiasat? Sebab itu siasatan terhadap Najib adalah siasatan selektif,” kata Mohd. Puad.
Media sebelum ini melaporkan, polis Singapura pernah membuat makluman kepada BNM berhubung transaksi mencurigakan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada syarikat milik suami dan anak lelaki Zeti Akhtar Aziz, ketika dia masih menjadi gabenor bank tersebut.
Laporan The Edge menyatakan dokumen dan komunikasi daripada Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura (CAD) pada 2015 dan 2016 ada mengongsikan maklumat transaksi melibatkan Iron Rhapsody Ltd kepada BNM.
Zeti hanya bersara daripada BNM pada April 2016.
Menurut laporan itu, transaksi dibuat pada 2008 dan 2009 dan dimaklumkan kepada BNM pada 2015 dan 2016, apabila CAD mula menyiasat transaksi yang berkaitan 1MDB.
The Edge berkata dokumen yang dikongsikan CAD kepada pihak Malaysia menunjukkan akaun Iron Rhapsody di bank UBS Singapura menerima AS$16.22 juta daripada syarikat atau akaun yang berkaitan dengan Jho Low. – MalaysiaGazette
Post time 22-1-2026 11:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 22-1-2026 11:02 PM
rashiman replied at 22-1-2026 09:21 AM
Bila nak selesai siasat...?
kepelikan isu ni dtg dari semua pihak
jho low ntah ada kat mana la sekarang ni.. nik faisal pun hilang ntah kat mana
azam baki pun patut dikenakan tindakan.. begitu juga dgn apandi ali
aku sokong je kalau pihak berkuasa ambil tindakan pada zeti aziz bagi merungkai segala persoalan yg masih ada
tapi dlm masa yg sama, najib razak pun tak ambil apa2 tindakan yg proaktif masa isu berkaitan 1mdb ni jadi hangat gila2 dulu.. sekarang pun najib dah akui yg duit rm42j tu bukan dana derma yg dtg dari arab saudi
Najib sentiasa percaya RM42j diterima akaunnya datang dari Arab Saudi, keterangan di mahkamah semalam disalah tafsir - Shafee
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sentiasa percaya bahawa RM42 juta yang diterima dalam akaun bank peribadinya adalah sumbangan dari Arab Saudi, kata peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Beliau mendakwa, keterangan bekas Perdana Menteri di mahkamah semalam telah disalah tafsir sebagai pengakuan bahawa Najib mengetahui wang itu bukanlah satu sumbangan.
Laporan semalam mendakwa Najib mengakui bahawa RM42 juta itu secara tidak langsung datang daripada SRC International (SRC) dan kontraktor tanggungjawab sosial korporatnya, Ihsan Perdana Sdn Bhd, dan bukannya dari Asia Barat.
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilapor memberi keterangan demikian semasa pemeriksaan balas dalam saman sivil SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd bagi menuntut semula RM42 juta yang dikreditkan ke dalam akaun Najib.
"Sejak awal, Najib menerima wang ini dengan kepercayaan bahawa ia datang dari Arab Saudi. Beliau tidak mempunyai pengetahuan lain kecuali bahawa ia adalah sumbangan daripada Allahyarham Raja Abdullah," kata Shafee pada sidang media, di sini hari ini.
Tambahnya, kenyataan Najib semasa keterangannya semalam hanyalah satu pengakuan terhadap keputusan perbicaraan jenayah SRC, di mana mahkamah memutuskan bahawa RM42 juta itu bukan sumbangan dari Arab Saudi.
"Beliau menjawab berdasarkan keputusan mahkamah, tetapi berdasarkan pengetahuannya sendiri, beliau masih percaya bahawa semua wang yang diterimanya, bukan hanya RM42 juta (dikaitkan dengan kes SRC), datang dari Arab Saudi," tambah peguam itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung pada 9 Februari.
Semalam, Najib dilaporkan bersetuju dengan peguam SRC, Kwan Will Sen bahawa berdasarkan maklumat yang diketahui kemudian, RM42 juta itu tiada kaitan dengan derma Arab.
Bagaimanapun, laporan sama turut menyatakan Najib menegaskan bahawa pada waktu wang itu diterima, beliau percaya sepenuhnya ia sumbangan dari Arab Saudi.
---
Shafee: 'Tajuk berita semalam salah, Najib tetap pendirian wang RM42 juta adalah derma Arab Saudi' - malaysianometry
Post time 24-1-2026 12:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 24-1-2026 12:40 PM
sekarang ni ketua hakim negara adalah bekas org umno.. ketua hakim negara juga bernada lembut berkenaan polemik hangat pasal terrirudin salleh
so, secara tak langsung, keadaan ni menunjukkan tempoh rayuan utk kes 1mdb-tanore pasni adalah waktu terbaik bagi pihak najib razak utk menjelaskan sejelas2nya bagi pembelaan berkaitan segala isu 1mdb ni
seperti yg saya pernah kata sebelum ni, fasa rayuan kes 1mdb-tanore yg mana ketua hakim negara sekarang adalah ketua hakim yg baru iaitu yang amat arif datuk seri utama wan ahmad farid bin wan salleh, akan jadi satu tempoh perjalanan kes yg sangat2 menarik perhatian umum
Post time 24-1-2026 12:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ipes2 replied at 23-1-2026 03:15 AM
jho low ada kat china kan?
ke hong kong?
dua2nya china la kan
tak ingat la berita2 yg keluar sebelum ni
kan ada wartawan bebas yg cakap jho low ada di sekian2 tempat.. tapi takde pengesahan yg jelas drpd pihak berkuasa malaysia.. dan tak nampak pun usaha giat drpd kerajaan malaysia nak cari, buru, dan tangkap jho low
Post time 24-1-2026 02:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 24-1-2026 12:26 PM
selepas keluar laporan2 berita yg tulis najib akui duit tu bukan derma arab, shafee abdullah buat ...
Sebab tu ler bangkem tak nak salahkan orang yang masih salhkan najib, terutama orang yang tak ikuti kes 1mdb dan SRC ni dari awal
Kerana memang akan terkeliru lebih2 lagi dengan berita2 dan tajuk2 yang sengaja putar belit agar nararif najib jahat najib songlap itu berjaya diteruskan
Apatah lagi najib memang dah dijatuh hukum bagi kedua dua kes dalam mahkamah.. nak buat camne
Biarlah kami2 ni je yang masih sokong bossku najib.. yang lain biarlah terus percaya pada zeti aziz jho low, jasmine loo etc..
rasa macam special pulak jadi antara insan terpilih