CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 59811|Reply: 0

[Tempatan] Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam hemah berbelanja

[Copy link]
Post time 22-1-2026 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

malaysiakini.com.my
Diterbitkan:  Jan 22, 2026 12:59 PM





Pelaksanaan kenaikan gaji baharu Fasa Kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai hari ini diharap menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam, selaras dengan komitmen Kerajaan Madani, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata pelarasan gaji ini merupakan usaha kerajaan menjaga kebajikan penjawat awam sekali gus memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkukuh.

“Alhamdulillah, seperti janji Kerajaan Madani, hari ini, 22 Jan 2026, merupakan tarikh kenaikan gaji baharu bagi Fasa Kedua di bawah SSPA,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berharap gaji baharu dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam, sambil menasihatkan mereka berbelanja berhemah dan mengutamakan simpanan.

“Semoga ia menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan awam yang berterusan,” tambah beliau.


Penjawat awam yang memilih SSPA menerima pelarasan gaji Fasa Kedua pada pembayaran gaji mulai hari ini (22 Jan), dengan kadar kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir pada 31 Dis 2025.

Meskipun pelarasan berkuat kuasa pada 1 Jan 2026, pembayaran dibuat hari ini iaitu tarikh pembayaran gaji bagi bulan berkenaan.

Pelarasan gaji Fasa Kedua merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P), serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).


Di bawah Fasa Kedua, Kumpulan P&P menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan sebanyak tiga peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus bermula Disember 2024, antara yang tertinggi dalam sejarah negara, sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan perkhidmatan awam Kerajaan Madani.

- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.133158 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list