CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47062|Reply: 8

[Tempatan] Tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara beralih masuk ke Malaysia

[Copy link]
Post time 23-1-2026 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-1-2026 05:19 AM





Tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara beralih masuk ke Malaysia
Foto hiasan.



Jakarta: Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan (BNPP), Makhruzi Rahman mendedahkan tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara kini beralih masuk menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan oleh Makhruzi semasa mesyuarat bersama Suruhanjaya II DPR di Bangunan DPR, Senayan, Jakarta pada Rabu.

Pada permulaan, Makhruzi menjelaskan isu Outstanding Boundary Problem (OBP) atau pertikaian sempadan belum selesai yang dipersetujui antara Indonesia dan Malaysia membabitkan Pulau Sebatik. Pulau ini mempunyai kawasan yang terbahagi antara kedua-dua negara.

"Terdapat tiga OBP yang dipersetujui menerusi memorandum persefahaman pada Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia ke-45 bertarikh 18 Februari 2025 di Pulau Sebatik, iaitu di B-2700 serta B-3000 melibatkan batu sempadan dan Simantipal.

"Ini meninggalkan baki kira-kira 127 hektar di Pulau Sebatik yang kini masuk ke wilayah Indonesia," kata Makhruzi seperti dilaporkan Kompas.

Menurutnya, wujud empat segmen OBP di sekitar sektor Barat, Kalimantan Barat yang belum diselesaikan iaitu di D-400, Gunung Rayan, Sibuan dan Batu Aum.

"Segmen ini kini dalam fasa tinjauan lapangan secara unilateral oleh pasukan teknikal rundingan kedua-dua negara serta pelaksanaan Perbincangan Pertukaran Maklumat bagi membincangkan TOR dan SOP," katanya.

Makhruzi melaporkan wujud tiga desa yang sebelum ini berada di bawah pentadbiran Nunukan, kini memasuki kawasan Malaysia.
"Bagi wilayah bekas OBP Sinapat dan Kecamatan Lumbis Hulu, Kabupaten Nunukan, sebahagian kawasan tiga desa berkenaan kini memasuki wilayah Malaysia," katanya.

Makhruzi memperincikan, tiga desa yang kini menjadi wilayah Malaysia ialah Desa Kabungalor, Desa Lepaga dan Desa Tetagas.
Dalam pada itu, Makhruzi mendakwa Indonesia turut memperoleh tambahan kawasan.

"Jumlah kawasan yang memasuki Indonesia adalah sekitar 5,207 hektar. Jadi ia kini masuk ke wilayah Indonesia.

"Tambahan tanah seluas 5,207 hektar yang dahulunya milik Malaysia ini dicadangkan untuk menyokong pembangunan kawasan sempadan sebagai pengganti hutan bagi pembangunan Zon Perdagangan Bebas," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2026 05:26 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-1-2026 01:27 AM





https://youtu.be/LZ6rku752-c




https://youtu.be/MquxE2Yw7MU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2026 05:56 AM | Show all posts


NRES diarah siasat, tiga kampung di Indonesia masuk Malaysia- Fahmi Fadzil




https://youtu.be/jRoi7sr3ehg
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni indon hepi..tadak baling telur,taik ke kedubes Msia..juga tadaq maling2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 05:07 PM | Show all posts
diorang dapat pampasan daripada gomen mesia katanya, dan menten jadi WNI juga. Cuma kawasan saja yang berpindah tangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2026 06:18 PM | Show all posts
hyie replied at 24-1-2026 01:07 AM
diorang dapat pampasan daripada gomen mesia katanya, dan menten jadi WNI juga. Cuma kawasan saja yan ...

Maksudnya mereka kena keluar dari malaysia dan pindah ke Indonesia?

Jika begitu baguslah kerana di Malaysia ini terlalu ramai warga Indonesia yang tidak berpelajaran diberi taraf kewarganegaraan tidak seperti di singapura hanya mereka yang terpilih sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2026 06:32 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-1-2026 06:18 PM
Maksudnya mereka kena keluar dari malaysia dan pindah ke Indonesia?

Jika begitu baguslah kerana d ...

yang iols faham, begitulah tak pasti pampasan dalam bentuk wang atau tanah atau apa..memula iols ingatkan diorang akan dapat ic biru
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 07:21 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-1-2026 06:18 PM
Maksudnya mereka kena keluar dari malaysia dan pindah ke Indonesia?

Jika begitu baguslah kerana d ...

kalau takde pelajaran tp kerja keras takpe lagi....yg Iols lagi heran warga unhcr yg dpt byk naw kelebihan/bantuan hujung satu keluarga dpt PR amerika tp bila kat mesia buat suka2 hati mcm mesia ni lawless....lg menyampah tau...kenapa SG ka, Philipines yg sekutu dgn US tu tak buat benda yg sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2026 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hepi indon...banyak yg drng dpt banding dgn apa yg Msia dpt...tu yg senyap tu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.043122 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list