CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 39392|Reply: 1

[Tempatan] Sewa tapak bazar Ramadan DBKL turun kepada RM400

[Copy link]
Post time 23-1-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malaysiakini
Diterbitkan:  Jan 23, 2026 4:30 PM




Kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diturunkan daripada RM500 kepada RM400 untuk meringankan kos penjaja kecil.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata pengurangan RM100 itu bertujuan meringankan beban kos yang ditanggung penjaja kecil serta mengelak sebarang beban kewangan yang tidak munasabah.

“Kadar caj yang sama turut diwajibkan ke atas persatuan penjaja bagi meringankan kos penjaja kecil khasnya (yang berniaga) di bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.


Hannah Yeoh

Beliau berkata kadar caj maksimum RM400 itu termasuk kanopi dan insurans liabiliti awam bagi melindungi penjaja daripada risiko kecederaan atau kerosakan harta benda awam semasa operasi perniagaan dijalankan.


Hannah menegaskan sebarang amalan sublet (menyewakan), jual beli tapak atau pengambilan untung berlebihan adalah dilarang sama sekali, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pelanggaran termasuk melibatkan penganjur.

Penganjuran bazar Ramadan tahun ini akan diadakan di sembilan lokasi bawah seliaan DBKL, manakala 32 lokasi pula dikendalikan persatuan penjaja.

Beliau berkata bagi menjaga kualiti dan kawalan harga makanan di bazar, DBKL bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat pemeriksaan setiap hari sepanjang Ramadan.

“Saya berharap bila kita turunkan kadar caj, peniaga juga akan munasabah dari segi harga makanan (yang dikenakan) kepada pelanggan warga Kuala Lumpur. Saya juga mahu persekitaran bazar sentiasa bersih,” katanya.


Sementara itu, Hannah berkata sewa tapak bazar Ramadan 2026 bagi kawasan Putrajaya dikekalkan seperti sebelum ini, iaitu pada kadar RM1,000.

Hannah berkata Kerajaan MADANI melaksanakan penambaikan menyeluruh terhadap penganjuran bazar Ramadan 2026 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaras dengan komitmen memperkukuh tadbir urus, melindungi kebajikan penjaja kecil serta menjaga kepentingan awam.

“Penganjuran bazar tahun ini berteraskan prinsip tersusun, telus, berintegriti dan adil melalui pengurusan yang jelas melibatkan kawal selia pihak berkuasa tempatan, penglibatan komuniti serta keutamaan kepada keselesaan pengguna,” katanya.

- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah lerr
Kat tempat iols tahun ni RM700
Tahun lepas 600
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070157 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list