|
View: 34643|Reply: 0
|
[Kedah]
Seorang pelajar IKM maut, lima cedera termasuk seorang parah kemalangan di Kulim
[Copy link]
|
|
|
Seorang pelajar IKM maut, lima cedera termasuk seorang parah kemalangan di Kulim
Zuliaty Zulkiffli
January 23, 2026 @ 10:27pm

Keadaan Perodua Kelisa yang dinaiki tiga pelajar IKM selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Selarong Panjang-Sedim, Kulim petang tadi. - Foto ihsan PDRM
KULIM: Hasrat tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) untuk mandi di Sungai Sedim, di sini berakhir tragedi, apabila seorang daripadanya maut selepas kenderaan mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Selarong Panjang-Sedim, di sini, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata pelajar yang terbunuh dikenali sebagai Muhammad Husni Kamal Amir, 23, beralamat di Sungai Petani dan meninggal di tempat kejadian akibat parah.
Beliau berkata dua rakannya iaitu pemandu kereta Perodua Kelisa terbabit, berusia 22 tahun, cedera di dada dan kepala manakala seorang lagi pelajar yang duduk di belakang berusia 23 tahun, cedera di muka.
Katanya, pemandu kereta Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia 33 tahun parah di kepala dan patah kaki manakala dua kanak-kanak perempuan berusia enam serta 10 tahun masing-masing patah kaki dan tangan.
"Pada jam 3.30 petang tadi, kaunter pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim menerima makluman dari bilik gerakan mengatakan terdapat satu kemalangan jalan raya berlaku di lokasi kejadian membabitkan dua kereta.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 33 tahun bersama dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan 10 tahun dari arah Sedim menghala ke Sungai Karangan manakala kereta tiga pelajar terbabit dari arah IKM Ara Kuda menghala ke Sedim.
"Mereka (pelajar IKM) bersama beberapa lagi rakan yang menaiki kenderaan lain dalam perjalanan untuk mandi di Sungai Sedim," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tengku Mohd Faisal berkata siasatan awal mendapati sejurus tiba di tempat kejadian, kereta Perodua Kelisa di pandu pelajar IKM terbabit hilang kawalan akibat termasuk ke bahu jalan tidak berturap.
"Kereta itu kemudian memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung secara dengan kereta Perodua Myvi yang berada di laluan sah," katanya sambil
memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|