CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19537|Reply: 4

[Tempatan] Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan

[Copy link]
Post time 24-1-2026 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2026 02:27 AM





Sultan Pahang zahir kebimbangan isu pemberian taraf PR, kewarganegaraan

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto fail BERNAMA


KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kebimbangan berkaitan isu pemberian taraf penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan.

Al-Sultan Abdullah bertitah perkara berkenaan bukan sekadar isu pentadbiran, tetapi menyentuh amanah, integriti, keadilan dan maruah sebuah bangsa berdaulat dengan pemberian keistimewaan berkenaan bukanlah urusan kecil yang boleh dilayan sambil lewa.

"Kewarganegaraan bukan hanya sekeping dokumen dan sekadar pengiktirafan undang-undang, ia adalah ikrar kesetian, sumpah setia kepada raja dan tanah air.

"Kewarganegaraan juga bukan ganjaran yang boleh dijual beli, bukan hadiah kuasa dan bukan tiket mudah untuk memasuki pangkuan watan, ia adalah lambang kepercayaan tertinggi negara kepada seseorang.

"Jadi, saya ingin mengingatkan kepada semua yang bertanggungjawab, ketegasan dalam perkara ini bukanlah kezaliman tetapi benteng kedaulatan negara. Jika pintu kerakyatan dibuka tanpa tapisan yang adil dan berintegriti, maka runtuhlah kepercayaan rakyat dan lunturlah maruah negara di mata dunia," titah baginda.

Sultan Pahang bertitah demikian pada Program Wacana Belia Diraja 2026 "Titah Diraja, Amanah Belia: Membina Masa Depan Pahang Berdaulat" di sini yang turut dihadiri paduka anakanda Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal serta Presiden Majlis Belia Malaysia Mohd Izzat Afifi Abd Hamid.

Al-Sultan Abdullah bertitah kedaulatan negara tidak boleh dikompromi atas alasan pelaburan, tekanan politik atau keuntungan sementara, malah maruah bangsa bukan untuk dijual dan kedaulatan negara bukan untuk digadai.

Sementara itu, dalam menyentuh aspek kesetiaan kepada raja dan negara sebagai asas kepada kestabilan, baginda menyeru supaya golongan muda bersuara serta menegur dengan hikmah dan tertib berasaskan fakta sebenar.

"Jika mahu mengubah, ubahlah dengan ilmu dan akhlak, bukan amarah serta caci. Sesungguhnya, kesetiaan kepada raja dan negara ialah asas kestabilan nasional, tanpanya kebebasan bertukar menjadi kebiadaban dan keberanian berubah kepada keangkuhan," titah baginda.

Wacana berkenaan menghimpunkan 500 peserta terdiri daripada kepimpinan persatuan belia, mahasiswa institusi pengajian tinggi serta pihak berkepentingan dalam bidang pembangunan belia dan kenegaraan.

Program itu juga merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuh literasi kenegaraan dalam kalangan belia, khususnya berkaitan fungsi, peranan dan kedudukan institusi raja berperlembagaan sebagai teras kestabilan dan kedaulatan negara. – BERNAMA




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2026 06:25 PM | Show all posts
Baru saya cakap psal isu pemberian kewarganegaraan
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 24-1-2026 06:25 PM
Baru saya cakap psal isu pemberian kewarganegaraan

Isu ni saya mulakan dgn....bro/sis..ada statistik tak...dlm tempoh 10 tahun ni...mohon tepek...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Forum xari cari pasal dengan mcmc kah?


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 09:39 PM | Show all posts
Bangsat2 dlm opis UNHCR tu pon seharusnya kena siasat gak. Bayangkan, fungsi dia org kat sini bg kad pelarian sesuka hati mcm Malaysia nih tanah bapak dia org, satu lg fungsi renew kad tanpa ada usaha nak pindahkan ke negara2 ahli convention yg sudi kutip parasit2 nih. Tempoh hari ai ada tengok satu bideo interview sekor rohingla yg tgh berbaris nak renew kad unhcr, dah dok kat sini 16thn katanya. Tu baru sekor. Takkan gov masih buat2 tak nampak?
Serius meluat tengok muka wakil unhcr mintak derma kat shopping mall. Dgn staff nya yg kerja dlm opis (yg ai tengok dlm bideo yg sama). Semua muka mintak pelempang.

Bg akak, ini la organisasi scammer dan human trafficker terbesar dlm sejarah peradaban dunia.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.039291 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list