3 ahli geng 'Kapten Praba' akan dikawal ketat sebaik tiba di MalaysiaTiga penjenayah warga Malaysia kini ditahan di bawah 'pengawasan keselamatan tahap tinggi' di sebuah bilik khas di lapangan terbang di Mumbai, India. - AGENSI
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka memberikan tahap kawalan keselamatan tertinggi sebaik tiga penjenayah warga Malaysia yang ditahan di Mumbai, India, tiba di negara ini.
Setakat ini, ketiga-tiga penjenayah itu dijangka diterbangkan kembali ke tanah air dalam masa terdekat.
Sumber berkata, seramai 10 pegawai dan anggota PDRM akan mengiringi ketiga-tiga penjenayah berkenaan sebaik proses ekstradisi terhadap mereka selesai dijalankan.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka pada masa ini ditempatkan di bawah 'pengawasan keselamatan tahap tinggi' di sebuah bilik khas di lapangan terbang akan diserahkan kepada PDRM sebelum dibawa kembali ke tanah air.
"Sekiranya tiada halangan, mereka (tiga penjenayah) dijangka dibawa pulang ke tanah air dalam masa terdekat menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), namun bergantung kepada situasi semasa di Mumbai.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semua mereka akan dikawal dengan pengawasan pihak polis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Selepas proses dokumentasi, pihak polis akan membawa mereka ke Mahkamah Majistret Sepang untuk tindakan lanjut," katanya kepada BH hari ini.
Katanya, proses pengawasan tahap tertinggi bakal dibuat adalah memandangkan risiko dan ancaman tertinggi yang berkemungkinan wujud akibat daripada penahanan suspek terbabit yang juga adalah pemimpin kanan kumpulan atau ahli kumpulan Kapten Praba.
Ini kerana selain mempunyai pengikut yang ramai dalam kalangan ahli kumpulan Geng 24, penjenayah yang ditahan ini turut mempunyai musuh yang menyimpan dendam terhadap mereka atas perbuatan jenayah yang dilakukan sebelum ini.
Ketiga-tiga mereka berusia dalam lingkungan 30-an ditahan pada Ahad lalu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) Mumbai, India, selepas diusir dari United Kingdom (UK).
tak tau nak panggil apa. tanah asal nenek moyang pun tak terima, g tempat omputeh pun kena reject. ni semua british sial punya hal, dah guna tak reti nak hangkut bawak balik
Post time 28-1-2026 06:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau tgk film tamil ending mesti ada scene penjenayah naik truck polis otw ke penjara polis sengaja buat acah2 penjenayah dilihat mau lari dan polis tembak penjenayah terus
India, Thailand jadi tempat sembunyi 3 ahli 'Kapten Praba'
KUALA LUMPUR: Sepanjang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Jack Sparrow, tiga ahli 'Kapten Praba' menjadikan India dan Thailand sebagai lokasi persembunyian mereka.
Menurut sumber, tiga penjenayah terbabit yang melarikan diri selepas diburu pihak berkuasa sejak September tahun lalu bersembunyi di dua negara terbabit.
"Bagi mengelak ditahan mereka sering keluar masuk dua negara ini namun akhirnya ditahan selepas cubaan masuk ke United Kingdom (UK) gagal apabila pihak berkuasa di sana mengesan mereka penjenayah dikehendaki.
"Siasatan masih berjalan dan masih tidak diketahui tujuan mereka ke UK," katanya sambil menambah ketua kumpulan terbabit bagaimanapun masih bebas dan sedang diburu.
Terdahulu tiga penjenayah terbabit yang ditahan di Mumbai, India, Ahad lalu dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang semalam sebaik tiba negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata pihaknya mengesahkan bahawa tiga suspek yang dikehendaki kerana terbabit dalam kegiatan jenayah terancang berjaya di tangkap dalam Ops Jack Sparrow oleh JSJ, Bukit Aman.
Ketiga-tiga penjenayah berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan oleh pasukan keselamatan di CSMIA, Ahad lalu, selepas bertindak ganas sebaik tiba di Mumbai.
Mereka bertindak sedemikian selepas diusir dari United Kingdom (UK) apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Manchester, yang sudah dimaklumkan mengenai status tiga lelaki itu sebagai 'penjenayah berprofil tinggi', menolak kemasukan mereka.
Memandangkan mereka tiba melalui penerbangan dari Mumbai, protokol antarabangsa menetapkan penjenayah terbabit perlu dihantar semula ke lokasi berlepas terakhir.
Apabila penerbangan dari Manchester mendarat di Mumbai, ketiga-tiga lelaki itu menyedari mereka terperangkap, sekali gus bertindak ganas bagi mengelak ditahan.
Mereka dikenal pasti sebagai individu utama yang menjadi sasaran 'Ops Jack Sparrow', operasi besar-besaran yang dilancarkan PDRM sebelum ini.
Dalam operasi yang dijalankan pada September tahun lalu itu, PDRM menahan 17 ahli kumpulan kongsi gelap di beberapa negeri.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata tangkapan itu dilakukan menerusi operasi bersepadu oleh JSJ Bukit Aman pada 11 September, membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak.
Ada 33 ahli, aktif sejak 2023
Kumpulan itu dipercayai aktif sejak 2023 dan mempunyai seramai 33 ahli, dengan individu digelar 'Kapten Praba' dikenal pasti sebagai ketua kumpulan.
Semua suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan, termasuk pembunuhan, serangan menggunakan senjata berbahaya, samun berkumpulan serta kes khianat dengan api.
Siasatan awal mendapati tindakan terhadap kumpulan itu diambil susulan satu serangan di Taman Sentosa, Klang, awal tahun lalu, apabila seorang lelaki diserang sekumpulan individu bersenjata api dan parang.
Mereka juga dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah restoran di Brickfields, di sini, pertengahan tahun lalu, selain beberapa kes jenayah terancang lain.