CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22714|Reply: 0

Ali XPDC dirawat di wad kecemasan, alami jangkitan virus - "Ayah masih memakai alat bantuan pernafasan"

[Copy link]
Post time 28-1-2026 09:42 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi Ali XPDC yang baru kembali mengerjakan ibadah umrah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami jangkitan virus, petang semalam.


Menurut anaknya, Wan Aliuddin Aqiel atau Aqiel berkata, keadaan kesihatan bapanya semakin stabil, tetapi masih dirawat di wad kecemasan.


"Alhamdulillah, keadaan ayah nampak semakin stabil hari ini. Tapi ayah masih memakai alat bantuan pernafasan kerana paru-parunya kembali berair.


"Buat masa ini, ayah masih lagi di rawat di wad kecemasan dan di bawah pemantauan doktor," katanya kepada Harian Metro.


Kata Aqiel, hasil pemeriksaan, doktor memberitahu bapanya mengalami simptom virus ketika di tanah suci.


"Maaf, saya tidak tahu nama virus yang menjangkiti ayah, tapi bila balik dari umrah, ayah mengalami batuk dan selsema.


"Buat masa ini, doktor juga tidak membenarkan waris (anak-anak) untuk menjaga ayah di wad kerana bimbang virus itu menjangkiti orang lain," katanya.


Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 58, mengerjakan ibadah umrah di Makkah pada 12 Januari dan kembali ke tanah air pada 24 Januari lalu.


Menurut Ali, rombongan ke tanah suci itu membabitkan seramai 45 orang dan turut ditemani rakan baiknya, Ejay Daie.


Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.314911 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list