CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18293|Reply: 1

[Tempatan] BMW dipandu ahli perniagaan Bangladesh disita JPJ

[Copy link]
Post time 29-1-2026 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

[email protected]
Januari 29, 2026






Melaka: Kereta mewah jenis BMW dipandu seorang ahli perniagaan warga Bangladesh tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans sah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam Ops Luxury, di sini.

Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata, kenderaan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Bukit Rambai pada 20 Januari lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lelaki terbabit memiliki lesen memandu yang sah, namun Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) serta perlindungan insurans kenderaan berkenaan sudah tamat tempoh.

"Sitaan dibuat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



"Kenderaan mewah itu merupakan antara 85 kenderaan yang diambil tindakan hasil pemeriksaan ke atas 579 kenderaan sepanjang operasi dijalankan," katanya selepas Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Paya Rumput, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Ops Luxury yang dilaksanakan bermula 1 Januari tahun lalu hingga 27 Januari lalu menyaksikan sebanyak 17 kenderaan mewah disita.

Menurutnya, kenderaan jenis Mercedes-Benz merekodkan jumlah sitaan tertinggi iaitu sebanyak 20 buah, diikuti Toyota Vellfire (16), Toyota Alphard (10), BMW (12) serta lain-lain kenderaan mewah.

Katanya, kesalahan tertinggi direkodkan ialah LKM dan perlindungan insurans tamat tempoh iaitu 76 kes, diikuti LKM tamat tempoh tetapi masih mempunyai perlindungan insurans (lima kes), pemandu warga asing (PEWA) memandu tanpa lesen memandu kompeten (CDL) sebanyak tiga kes dan satu kes mempamer nombor pendaftaran kenderaan lain.


"Kesalahan LKM tamat tempoh dan ketiadaan perlindungan insurans merupakan kesalahan paling kerap dikesan sepanjang Ops Luxury dijalankan.

"Ia menunjukkan masih ramai pemilik kenderaan mewah mengabaikan keperluan undang-undang berkaitan pendaftaran dan perlindungan insurans," tegasnya.

Dalam operasi sama, JPJ turut menahan dan menyita sebuah kenderaan yang dipandu warga Bangladesh tanpa lesen memandu sah.

"Tindakan sitaan boleh dibuat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan mengenal pasti identiti pemandu, identiti kenderaan atau untuk memberhentikan kesalahan daripada berterusan.



Siti Zarina (kiri) selepas Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Paya Rumput, di sini, malam tadi. Foto Farhana Yaacob

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 06:00 PM | Show all posts
Edited by silance at 29-1-2026 06:01 PM

Saiya sini datang niaga lepas itu saiya bawa masuk saya worang sini duduk bili barang kidai saiya.  Kita tada system piramid serupa tipu worang, kita sistem sama-sama pati, sama-sama bili sama-sama wuntung, sama-sama cari bini. Lagi banyak dapat bawa masuk lagi saiya sukah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042739 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list