CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18748|Reply: 10

JAINJ kesan cubaan mempromosi semula ajaran sesat Ahmadi Religion

[Copy link]
Post time 29-1-2026 06:05 PM | Show all posts |Read mode





JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengambil tindakan terhadap cubaan mempromosikan semula ajaran sesat Ahmadi Religion di negeri ini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan sewajarnya sudah diambil JAINJ, termasuk menurunkan bahan-bahan promosi yang dikenal pasti membabitkan ajaran berkenaan.

Beliau berkata, ajaran Ahmadi Religion sudah difatwakan sebagai sesat, dan penyebaran fahaman tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi di Johor.

"Sehubungan itu, JAINJ sentiasa menjalankan pemantauan berterusan terhadap sebarang aktiviti, penerbitan atau bahan promosi yang berkaitan dengan ajaran sesat bagi memastikan ia tidak disebarkan kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Fared turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam usaha memelihara kesucian akidah umat Islam serta memastikan ajaran yang bercanggah dengan Islam tidak bertapak di negeri ini.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat dan membuat laporan kepada Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran atau melalui saluran rasmi pihak berkuasa agama sekiranya mengesan sebarang aktiviti, pengajaran atau bahan berkaitan ajaran sesat.

"Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan keharmonian agama dan ketenteraman awam di negeri itu terus terpelihara," katanya.

Terdahulu tular gambar kain rentang mempromosikan ajaran sesat itu yang dikesan dipasang dilokasi tumpuan ramai di Muar pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa dan polis sudah bertindak menurunkan kain rentang berkenaan.


Sumber : BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah banteras. Takyah jaga sangat umat Islam tanahair ni. Makin dijaga, makin ntah hapa2 macam weng semacam tak reti mana betul mana salah. Hairan aku macam2 la ajaran sesat kau nak ikut. Biar je, biar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis Tumpanglalu Dan Capiloton dah khatam dengan man made cult religion ni.
Tak ku sangka ada ramai peminat dalam negara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 29-1-2026 07:43 PM
Sis Tumpanglalu Dan Capiloton dah khatam dengan man made cult religion ni.
Tak ku sangka ada ramai  ...

Sape yg terlibat?


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-1-2026 08:29 PM
Sape yg terlibat?

Katanye melayu2 yang belajar overseas. Once dah rasa diri sendiri pandai memang tak perlu lagi Al Quran Dan Al Sunnah. That apply the same for Atheist, same path but different branch.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg berlambak wey...dulu aku pernah guna dating apps Islamic yang letak kita anuti agama apa mazhab apa..bersepah aku tgk Ahmadi ni kat dlm tu...setahun pakai jumpa scammer jaaaa...last2 aku uninstall je..malas aku!hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2026 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ahmadi ni ajaran yg xperlu solat tu ke? ke solat ikot suka time sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 29-1-2026 06:07 PM
Takyah banteras. Takyah jaga sangat umat Islam tanahair ni. Makin dijaga, makin ntah hapa2 macam wen ...

Tak boleh sis. Kerajaan guna agama utk berkuasa. Kalau semua duk ikut fahaman sendiri nanti ketua agama islam hilang kuasa. Sebab itu kena pastikan setiap orang ikut fahaman standard.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 31-1-2026 12:51 AM
ahmadi ni ajaran yg xperlu solat tu ke? ke solat ikot suka time sendiri?

Tak perlu solat atau solat pakai niat ni antara ciri2 utama ajaran sesat.. sbb pengikut diorg nk short cut dlm urusan beribadat.
1 lagi ciri mesti jual unsur2 sex. Maka berbondong2 la org akan ikut ajaran gitu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-1-2026 09:53 PM
Tak boleh sis. Kerajaan guna agama utk berkuasa. Kalau semua duk ikut fahaman sendiri nanti ketua  ...

Hurmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 29-1-2026 08:46 PM
Katanye melayu2 yang belajar overseas. Once dah rasa diri sendiri pandai memang tak perlu lagi Al  ...

Diorang dua orang tu ke?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057448 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list