CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17313|Reply: 0

[Kedah] 53 jam padam kebakaran tapak pelupusan sampah di Baling

[Copy link]
Post time 30-1-2026 02:48 AM | Show all posts |Read mode
53 jam padam kebakaran tapak pelupusan sampah di Baling

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





KEBAKARAN di tapak pelupusan sampah di Kampung Besah, Mukim Tawar, Baling ditamatkan selepas 53 jam operasi. FOTO Ihsan Bomba.




Baling: Operasi memadam kebakaran tapak pelupusan sampah di Kampung Besah, Mukim Tawar yang bermula sejak Selasa lalu akhirnya ditamatkan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi pemadaman itu berlangsung 53 jam dan berakhir pada 5.30 petang tadi.

Katanya, 150,000 liter air digunakan daripada jentera tangki air serta 173 trip lori untuk memadam timbunan sampah yang terbakar.

"Sejumlah 0.5 hektar keluasan kebakaran dan operasi ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tapak pelupusan sisa buangan doestik dan kilang itu terbakar dengan bomba menerima panggilan kejadian pada 12 tengah hari Selasa.

Susulan siasatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesahkan kawasan pelupusan sampah itu beroperasi secara haram dan pemantauan dilaksana bagi tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Januari 29, 2026 @ 9:22pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1316935/53-jam-padam-kebakaran-tapak-pelupusan-sampah-di-baling




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.945263 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list