CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16918|Reply: 0

[Tempatan] Pavilion REIT catat untung bersih lebih besar RM466.91 juta

[Copy link]
Post time 30-1-2026 03:25 AM | Show all posts |Read mode




Pavilion REIT catat untung bersih lebih besar RM466.91 juta

Pavilion REIT


KUALA LUMPUR: Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM466.91 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berbanding RM409.92 juta pada tahun sebelumnya.

Pendapatan juga meningkat kepada RM901.49 juta daripada RM845.87 juta pada tahun kewangan 2024, disumbangkan terutamanya daripada Pavilion Bukit Jalil berikutan kadar penghunian yang lebih tinggi dan peningkatan pendapatan yang dijana daripada pusat pameran, tempat letak kereta dan ruang pengiklanannya.

"(Ini) disokong oleh peningkatan pendapatan pengiklanan daripada skrin LED yang dinaik taraf di Elite Pavilion Mall dan pendapatan daripada dua hartanah yang baru diambil alih," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada suku keempat tahun kewangan 2025, Pavilion REIT mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM203.25 juta berbanding RM180.69 juta setahun sebelumnya, manakala pendapatan meningkat kepada RM232.09 juta daripada RM218.79 juta.

Keputusan hasil kasar tinggi itu disumbang oleh pendapatan sewaan daripada Banyan Tree Kuala Lumpur dan Pavilion Hotel Kuala Lumpur, yang diambil alih pada 20 Jun 2025.

Sementara itu, Pavilion REIT dalam satu kenyataan berkata, ia telah mencapai agihan tahun penuh sebanyak 10 sen seunit bagi Tahun Kewangan 2025, selaras dengan komitmennya untuk menyediakan pendapatan tetap dan stabil kepada pemegang unit.

Mengulas mengenai prestasi tahun kewangan 2025, Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT Management Sdn Bhd, Datuk Philip Ho, berkata syarikat itu mendapat rangsangan daripada prestasi kukuh operasi, disokong oleh permintaan runcit yang berdaya tahan dan sumbangan positif daripada portfolionya yang semakin berkembang.

"Kami terus menumpu untuk memperkukuh prestasi aset, meningkatkan pengalaman selesa pembeli dan mengekalkan pengurusan kos dan modal yang berhemat bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang yang mampan," katanya.

Mengenai prospek pada masa depan, Pavilion REIT berkata syarikat itu terus optimis, disokong oleh penggunaan domestik yang kukuh, kempen pelancongan Melawat Malaysia 2026 dan tumpuan berterusan terhadap peningkatan aset, perkongsian dan kecekapan operasi untuk memacu prestasi portfolio.




-BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18280 Replies : 18
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24369 Replies : 71
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3931 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list