CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9261|Reply: 0

[Sarawak] Interpretasi MA63 Azalina sempit, tidak ambil kira konteks sejarah, undang-undang wilayah

[Copy link]
Post time 30-1-2026 09:49 AM | Show all posts |Read mode


Dr Yii Ketika membahaskan Perutusan Yang di-Pertuan Agong pada Persidangan Parlimen hari ini.

KUCHING: Interpretasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, sempit serta tidak mengambil kira konteks sejarah dan undang-undang wilayah secara holistik.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata demikian sambil menegaskan bahawa MA63 bukan sekadar untuk membincangkan sumber tetapi mengupas asas Persekutuan Malaysia.

“Kita bercakap tentang janji yang terpahat, bukan di dalam pasir tetapi di dalam undang-undang tertinggi kita: Perlembagaan Persekutuan yang lahir daripada Perjanjian Malaysia 1963.

“MA63 bukanlah dokumen biasa. Ia adalah satu kontrak pembinaan negara. Ia adalah asas undang-undang dan politik, Malaysia dibentuk sebagai satu persekutuan entiti yang berbeza, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak, masing-masing dengan sejarah, undang-undang dan sifat kedaulatan tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Perutusan Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong di Persidangan Parlimen hari ini.

Dr Yii berkata untuk mendakwa MA63 tidak relevan dengan sumber asli semata-mata kerana perkataan ‘minyak dan gas’ tidak muncul secara verbatim adalah salah faham asas tentang bagaimana kompak perlembagaan berfungsi.

Tegasnya bacaan sempit itu ‘tidak lengkap secara strategik’ dan terlepas pandang tujuan MA63, yang bukan untuk menyenaraikan setiap sektor, tetapi menjaga autonomi dan kedudukan sama taraf Sarawak sebagai rakan kongsi pengasas Malaysia.

“ MA63 tidak pernah menjadi satu statut tentang paip atau lesen penggerudian. Ia adalah sijil kelahiran Malaysia. Ia juga tidak boleh dibaca secara eksklusif secara sendirian.

“Untuk memahami makna dan niat sebenarnya, MA63 mesti dibaca bersama-sama dengan seluruh badan dokumen pengasas, terutama Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (IGC) yang menjadi dasarnya,” jelasnya.

Persetujuan kolektif inilah yang menentukan bagaimana kedaulatan, kuasa perundangan dan kawalan ekonomi akan dibahagikan, kekuatan undang-undangnya diabadikan dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri, ujarnya.

“Perlembagaan adalah jelas, tanah dan sumber asli adalah perkara Negeri. Ini benar pada tahun 1963, dan ia kekal benar hari ini. Bagi Sabah dan Sarawak, ini dilindungi lagi oleh jaminan khusus seperti Perkara 95D.

“Prinsip pemilikan negeri ini adalah mutlak dan berakar pada definisi tanah kita.

“Kanun Tanah Sarawak mentakrifkan tanah negeri termasuk bahagian laut dalam sempadan lanjutannya.

“Apa yang pernah dipanggil Tanah Mahkota (The Crown) sebelum 1963, telah menjadi, secara muktamad, tanah negeri selepas Hari Malaysia,” katanya.

Ini kerana tegasnya apabila kedaulatan dipindahkan oleh Ratu di bawah MA63, ia dipindahkan kepada Kerajaan Sarawak, bukan kepada persekutuan.

Kedaulatan ke atas Sarawak dan dengan itu pemilikan dan milikan tanah serta sumber di Sarawak, tidak pernah diletakkan di tangan kerajaan persekutuan, tambahnya.

“Kedudukan ini diperkukuh semasa tempoh ‘self-governance’ kita, dari 22 Julai 1963, sehingga kita membantu membentuk Malaysia pada 16 September tahun yang sama,” katanya.

Dr Yii turut mengingatkan Dewan khususnya Azalina bahawa minyak dan gas tidak terapung di udara. Ia ditemui di bawah tanah dan dasar laut.

“Inilah kebenaran sejarah yang tidak boleh kita lupakan: Jika kerajaan persekutuan memiliki hak milik asal perlembagaan ke atas petroleum, maka tidak perlu wujudnya Akta Pembangunan Petroleum 1974 & Akta Territorial Sea 2012.

“Sama ada kita bersetuju atau berpendapat akta ini sah atau tidak atau siapa yang meluluskan akta ini dulu, itu satu perbincangan lain.

“Namun, akta ini wujud atas satu sebab sahaja: kerana pemilikan itu bukan milik persekutuan dari awal lagi. Parlimen menggubal undang-undang untuk memperoleh kawalan — bukan untuk mengesahkan hak yang sedia ada,” tegasnya.

Justeru ujarnya, apabila Sarawak melaksanakan haknya di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958, ia bukanlah satu tindakan bantahan tetapi tindakan kesinambungan yang sah.

“Ia adalah pelaksanaan kuasa dan kedaulatan yang menjadi asas kepada pembentukan persekutuan dan pada pendirian saya, satu hak yang tidak patut diserahkan sejak awal lagi.

“Dan saya tahu beberapa aspek isu ini sekarang dalam pertimbangan di mahkamah. Saya rasa ia adalah medan paling sesuai untuk menentukan kesahihan interpretasi perlembagaan dan hak kita di di bawah MA63.

“Saya yakin dengan hak yang kita ada dan menunggu keputusan mahkamah tersebut,” ujarnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.158132 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list