CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20858|Reply: 12

[Dunia] Pesawat Air Asia berpatah balik, tertinggal penumpang

[Copy link]
Post time 30-1-2026 10:31 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Syarikat penerbangan AirAsia memohon maaf susulan 23 penumpang yang menaiki bas ulang alik tertinggal untuk menaiki pesawatnya di Bangkok, Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku pada 17 Januari lalu apabila sebuah pesawat Air Asia dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada pukul 7.10 pagi (waktu tempatan) ke Hatyai.

Seorang penumpang kemudian menceritakan situasi itu dalam satu hantaran di Facebook yang diterbitkan semalam yang memberitahu bahawa dia dan kumpulannya telah pun menaiki pesawat.

Namun, seorang penumpang warga emas memaklumkan kepada kru kabin bahawa rakannya masih belum menaiki pesawat, walaupun telah mendaftar masuk.

Penumpang itu menyedari bahawa kru kabin tidak menyedari ada penumpang yang masih hilang.

Apabila dihubungi melalui telefon, rakannya mengesahkan bahawa mereka masih berada dalam bas ulang-alik kerana pintu tidak dibuka untuk membenarkan penumpang keluar.

Pesawat yang ketika itu telah mula bergerak ke landasan terpaksa berpatah balik ke pintu terminal.

Pintu menaiki kapal terbang dibuka semula dan 23 penumpang dibenarkan menaiki pesawat itu. – AGENSI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang possible sbb boarding pass scan kat gate so dalam sistem dah board pada hal masih dalam bas. Tu pasal crew kena kira juga kepala guna tasbih mekanikal macam kira buah durian tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 10:54 AM | Show all posts
kira tak cukup, awat crew tak bgth kapten..siapa salah ni, tapi nasiblah patah balik kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha bang cock
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Service macam taik
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-1-2026 08:14 PM

menyampah la abg pilot & akak pramugari kena baca  'mentera berangkat' tu sekali lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2026 12:34 PM | Show all posts
biasa stewardess air asia dia ada pegang counter kat tgn duk tekan2 sambil kira masa semua org dah duduk...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 06:30 PM | Show all posts
teruk nya training...benda penting mcm ni pun boleh salah....pebenda ni AA....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2026 06:37 PM | Show all posts
afie_m replied at 30-1-2026 10:54 AM
kira tak cukup, awat crew tak bgth kapten..siapa salah ni, tapi nasiblah patah balik kan

setakat 23 kerusi kosong tu normal, bukan semua flight sentiasa penuh.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
afie_m replied at 30-1-2026 10:54 AM
kira tak cukup, awat crew tak bgth kapten..siapa salah ni, tapi nasiblah patah balik kan

Cer kira cam si kancil buat kt buaya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh plk uturn, bukan ke sllu diorg wat announcement sapa x boarding blh say good by
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 30-1-2026 08:57 PM
Blh plk uturn, bukan ke sllu diorg wat announcement sapa x boarding blh say good by

Kesalahan bas transit tulaa... Yg pramugaripon.. Mesti kene marah dgn kapten
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 12:11 PM | Show all posts
Skuau replied at 30-1-2026 08:15 PM
Cer kira cam si kancil buat kt buaya...

sape pengarah filem ni??...hassan muthalib

sape pulak yg buat skrip??....hassan muthalib

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.196552 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list