|
View: 35022|Reply: 7
|
[Tempatan]
Air Sungai Gadut putih bak susu
[Copy link]
|
|
|
Seremban: Dua kilang di kawasan perindustrian Tuanku Jaafar, di sini, dikesan melepaskan air buangan sehingga menyebabkan air di Sungai Gadut menjadi putih seakan susu.
Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan berkata, ia dapatan hasil susulan siasatan yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di dua kilang berhampiran sungai berkenaan.
"Berhubung aduan orang awam berkaitan kes air putih sekitar kawasan Sungai Gadut, pasukan penyiasat JAS Negeri Sembilan sudah menjalankan siasatan susulan pada 27 Januari lalu di lokasi yang berkaitan.
"Saya dimaklumkan bahawa, dua kilang yang beroperasi berdekatan kawasan ini disiasat bagi mendapatkan maklumat berkaitan aduan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Jelas beliau, pasukan penyiasat menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti guna semula plastik terpakai melalui proses basuhan dan penyemperitan.
"Hasil siasatan mendapati pelepasan air daripada proses tidak melalui Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP) ke longkang awam. SPEP adalah sistem yang merawat sisa cecair daripada aktiviti perindustrian sebelum dilepaskan ke persekitaran.
"Selain itu, turut disiasat sebuah kilang membuat seramik dan jubin. Siasatan mendapati premis ini menjadikan longkang air hujan di dalam kawasan premis sebagai kawasan takungan EP.
"Dalam pada itu, juga didapati terdapat kebocoran di dalam kawasan takungan yang menyebabkan EP tidak terolah terlepas ke longkang berhampiran," katanya.
Justeru katanya, pihak JAS menyimpulkan terdapat pelanggaran syarat dengan melepaskan air buangan tanpa rawatan dan tindakan penahanan operasi diambil ke atas premis itu.
"Saya juga difahamkan bahawa siasatan akan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009 disamping mengeluarkan notis arahan untuk pihak kilang membuat pembaikan.
"Saya meminta JAS Negeri Sembilan memperhebatkan kekerapan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan peraturan yang ditetapkan dan tindakan yang tegas perlu bagi membendung insiden sebegini berulang," katanya.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
klu kat indon,dorang dah ambik air ni buat mandi @ minum..air ajaib katanya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siul betul... langsung xda kesedaran |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak maunya... sebab tektur air tu macam Tau Foo Fah basi buang dalam sungai.
Tapi kalau jernih kebiruan macam bawah ni... memang pesta Songkran versi Konoha la.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|