|
View: 37159|Reply: 9
|
[Tempatan]
Tak dapat sediakan kelengkapan sekolah anak kerana tak dapat turun ke laut
[Copy link]
|
|
|
Tumpat: Aktiviti menangkap ikan yang tidak dapat dilakukan sepanjang musim tengkujuh menyebabkan kelengkapan persekolahan empat anak tidak dapat disediakan selengkapnya.
Tiga anak Hasyim Jusoh, 49, yang bersekolah iaitu di tahun dua, tingkatan tiga dan empat terpaksa memakai uniform sekolah yang lama kerana perlu berjimat untuk kelangsungan hidup mereka.
Bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata, aktiviti menangkap ikan dihentikan sejak Disember lalu berikutan cuaca buruk selain ombak besar di laut dan dia baru sahaja memulakan semula kerja hakiki itu sejak beberapa hari lalu.
"Saya adalah nelayan pesisir pantai yang hanya menggunakan bot fiber sahaja dan sekarang ombak masih besar tetapi terpaksa juga keluar kerana perlu menyara keluarga.
"Kelengkapan sekolah tiga anak juga tidak mampu disediakan secukupnya kecuali alat tulis sahaja, manakala Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diterima digunakan untuk membayar separuh daripada yuran persekolahan.
"Memang saya ada menerima elaun sara hidup nelayan (ESHN) sebanyak RM300 sebulan tapi tidak mencukupi," katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Geting, di sini, hari ini.
Terdahulu empat anaknya termasuk yang berusia lima tahun menerima sumbangan bakul makanan serta baucar bernilai RM100 setiap orang bagi pembelian pakaian sekolah di sebuah pasar raya di sini sempena Program Sahabat Maritim.
Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Pos Maritim Pengkalan Kubor Leftenan Madya Mohd Yuskhairul Alhasis Mat Yunus.
Dalam program itu, seramai 45 murid dan pelajar membabitkan 18 keluarga daripada komuniti nelayan menerima bantuan terbabit.
Hasyim berkata, untuk menambahkan pendapatan, dia turut memproses ikan kering secara kecil-kecilan lebihan daripada hasil tangkapan yang diperoleh.
"Ikan kering dijual dengan harga RM14 sekilogram namun bukanlah setiap hari ia diproses dan dijual.
"Isteri juga mengambil upah memproses ikan kering untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga termasuk pembayaran yuran persekolahan anak yang belum dilangsaikan," katanya.

Seorang nelayan pesisir pantai, Hasyim Jusoh, 49 bersama empat anaknya mengambil upah memproses ikan kering untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga menunjukkan pakaian sekolah lama ketika ditemui di Kampung Pantai Geting. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa guna berita camni kalau takde no akaun untuk bantu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ZORRO5555 replied at 30-1-2026 06:24 PM
Ramainya anak ....
3 orang jer pun...ramai??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Purplehaz at 31-1-2026 02:42 PM
buatlah permohonan kat majlis agama islam Zakat , baitumal , mungkin ada peruntukan utk murid miskin/asnaf..biaya pakaian dll, biasiswa ker.
ada ker tidak bantuan mcm tu, atau mereka tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Purplehaz replied at 31-1-2026 02:41 PM
buatlah permohonan kat majlis agama islam Zakat , baitumal , mungkin ada peruntukan utk murid miskin ...
Biasa ada...B40 dorg mmg akan dpt bantuan - baju2 baru, neg sekolah baru, kasut sekolah baru...anak2 M40? Harap kat BAP je la..itupun simpan nk byr yuran2 mcm pibg etc nnt...biasa kalau M40 ni dorg plan perbelanjaan dorg biasa beli yg saiz besar sikit supyaa boleh pakai utk a few years supaya dpt jimat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
anak nya 7 kan 3 je yg masih bersekolah ke camne..mungkin ada yg dah abis sekolah. ada yg belum.. yg 5 tahun tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul nak tolong golongan macam ni kurangkan anak kena hantar pil ke rumah bagi ke bini. jangan bagi kondom.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
'Bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata...'
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah filem Idiocracy bakal menjadi kenyataan? Golongan elit biasanya anak x ramai. Golongan berpendidikan rendah kemain ramai anak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|