|
View: 35611|Reply: 10
|
Isu dakwaan serah tanah kepada Indonesia, tiada keperluan penjelasan di Parlimen - PM
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada keperluan untuk memberi sebarang penjelasan termasuk di Parlimen berhubung dakwaan pembangkang kononnya kerajaan menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia.
Beliau sebaliknya menempelak sikap pembangkang yang disifatkan sanggup membuat fitnah serta menyalahgunakan kebebasan bercakap demi kepentingan politik.
“Ini masalah pembangkang. Dia guna kebebasan bercakap untuk merapu, bohong, guna Islam, guna nama Islam untuk tipu, guna fakta salah.
“Kalau dia tanya dan minta Perdana Menteri beri penjelasan, itu tidak mengapa. Ini tidak, dia terus buat hukuman, menipu berterusan. Saya tak boleh terima alasan sebegini. Ini bukan perangai pembangkang yang wajar dalam negara kita. Mesti bertanggungjawab,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimah, di sini pada Jumaat.
Ketika ditanya adakah ia wajar dibincangkan di Parlimen, Perdana Menteri menegaskan, dakwaan yang dibuat itu bersifat memfitnah dan tidak wajar dilayan dengan penjelasan di Parlimen.
“Tak perlu bagi penjelasan. Dia mesti bertanggungjawab. Buat tuduhan, menipu, memfitnah terus menerus dan kita tidak boleh terima cara, kaedah politik yang buruk dan busuk seperti ini,” ujarnya.
Anwar mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada kerajaan Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa kerajaan membincangkan dakwaan berkenaan di Parlimen.
Ahli Parlimen Larut itu dilaporkan berkata, meskipun dakwaan tersebut telah dinafikan Perdana Menteri, isu berkenaan wajar dibahaskan kerana membabitkan soal kedaulatan negara.
Sebelum ini, media melaporkan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, didakwa kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.
Minggu lalu, Anwar menafikan dakwaan Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung berkenaan.
Sumber : Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah orang minta perjelasan cakap guna kebebasan cakap merapu pulak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by silance at 30-1-2026 09:24 PM
Negara lain mana boleh diam saja lepaskan tanah. Kita saja yang di dalam negara pun panggil orang masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalahnya bagi tahu kt parlimen? susah nau nk declare, org x percaya sbb dia ni klau ckp sllu jd u turn......menag hari ini........esok minyak naik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya gosip 99% betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza: Apa masalahnya bagi tahu kt pa ...
Anwar ni kalau bercakap, masa dia pembangkang setiap inci benda dia suruh bawa parlimen.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yang kuban-kuban je madani nih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 30-1-2026 08:44 PM
Apa masalahnya bagi tahu kt parlimen? susah nau nk declare, org x percaya sbb dia ni klau ckp sllu j ...
Dah benda x betul, nak discuss buat apa. Parlimen kot. Lepas ni klu ada isu ada org nampak ufo mendarat di gua musang pun nak kena discuss ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam la ko dulu waktu jd pembangang xmenipu...asyik kerja nak berguling je...harktuihhh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju tak perlu layan segala gossip nanti tak jadi kerja.
how about minta yang start the gossip tu tunjuk bukti then we talk? mesti ada kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|