CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36193|Reply: 6

[Tempatan] Rakyat Malaysia antara paling ramai beli rumah di UK

[Copy link]
Post time 31-1-2026 01:32 AM | Show all posts |Read mode





Rakyat Malaysia antara paling ramai beli rumah di UKGAMBAR fail sejumlah rumah di timur London. - Foto AFP

LONDON –  Rakyat Singapura dan Malaysia merupakan antara 10 kumpulan terbesar pemilik hartanah antarabangsa di England dan Wales, lapor portal berita VnExpress semalam.

Rakyat Singapura berada di kedudukan kedua, merangkumi 16,096 unit kediaman atau 7.9 peratus daripada keseluruhan 202,568 hartanah milik asing di United Kingdom (UK).

Perkara itu dilaporkan portal hartanah EdgeProp Singapore, berdasarkan analisis pasaran terkini oleh Enness Global iaitu firma broker gadai janji yang memberi perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.

Warga Singapura juga merupakan kumpulan kedua terbesar pemilik hartanah luar negara di London, bandar yang mempunyai jumlah hartanah milik asing tertinggi, iaitu 68,729 unit atau 33.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Rakyat Malaysia pula berada di kedudukan keenam di England dan Wales dengan 9,936 kediaman, bersamaan 4.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Mereka menduduki tempat teratas di wilayah East Midlands dan England timur. Singapura dan Malaysia merupakan satu-satunya dua negara Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas.

Pembeli dari Hong Kong merupakan kumpulan terbesar pemilik hartanah luar negara di England dan Wales, membentuk 13.8 peratus daripada hartanah milik asing. – AGENSI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2026 01:34 AM | Show all posts
Wow…. termasuk saya lah ini!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 11:21 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 31-1-2026 01:34 AM
Wow…. termasuk saya lah ini!

katalah kerja penjawat awam, sejauh mana gaji boleh beli rumah disana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Termasukla rumah kuinn kita
Hanis haizi kannn


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi almarhum king ibrahim of johore takde buat istana kat uk. Dia duk hotel sampai mati. Ada banglo pun dia baginkat gf dia cabaret dancer yang mati kena serpihan bom.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2026 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 31-1-2026 05:16 PM
Termasukla rumah kuinn kita
Hanis haizi kannn


Agent ice ice baby takde gi tangkap kakpamkah?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.261487 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list