CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24582|Reply: 0

Wanita di Iran kini dibenar memperoleh lesen menunggang motosikal

[Copy link]
Post time 5-2-2026 11:48 AM | Show all posts |Read mode




Tehran: Wanita di Iran kini secara rasmi dibenarkan memperoleh lesen menunggang motosikal, menurut laporan media tempatan, semalam, sekali gus menamatkan kekaburan undang-undang yang berlarutan selama bertahun-tahun.

Sebelum ini, undang-undang tidak secara jelas melarang wanita menunggang motosikal dan skuter, namun pihak berkuasa enggan mengeluarkan lesen.

Keadaan itu menyebabkan wanita dipertanggungjawabkan secara undang-undang dalam kes kemalangan, walaupun mereka adalah mangsa.

Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, menandatangani resolusi pada 3 Februari lalu bagi memperjelaskan kod lalu lintas.

Menurut agensi berita Ilna, resolusi berkenaan kemudian diluluskan oleh Kabinet Iran pada akhir Januari.

Resolusi itu juga mewajibkan, polis trafik memberikan latihan praktikal kepada pemohon wanita.

Polis juga diarahkan, mengendalikan peperiksaan di bawah pengawasan langsung pihak berkuasa dan mengeluarkan lesen menunggang motosikal kepada wanita.

Langkah itu menyusuli gelombang protes di seluruh Iran yang pada awalnya berpunca daripada isu ekonomi sebelum berkembang pada Januari lalu menjadi demonstrasi antikerajaan di peringkat nasional.

Dalam pada itu, Tehran mengakui lebih 3,000 kematian berlaku sepanjang rusuhan itu, dengan kebanyakannya membabitkan anggota keselamatan dan orang awam yang tidak terbabit.

Sejak Revolusi Islam Iran pada 1979, wanita berdepan pelbagai sekatan sosial, dengan kod pemakaian menjadi cabaran kepada mereka yang menunggang motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wanita menunggang motosikal meningkat dengan ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Trend itu semakin ketara selepas kematian dalam tahanan pada 2022 membabitkan Mahsa Amini, seorang wanita muda Iran yang ditahan kerana didakwa melanggar kod pemakaian.

Difahamkan, kematiannya mencetuskan protes di seluruh Iran oleh golongan wanita yang menuntut kebebasan lebih besar.


Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.753586 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list