CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 32461|Reply: 0

[Tempatan] Trafik lebuh raya utama menuju ibu negara mula perlahan

[Copy link]
Post time 18-2-2026 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Trafik lebuh raya utama menuju ibu negara mula perlahan
Februari 18, 2026 @ 7:07pm


KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia mula bergerak perlahan menghala ke ibu negara petang ini susulan hari terakhir cuti umum sempena Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan setakat 5 petang, keadaan cuaca adalah baik namun peningkatan jumlah kenderaan ketara di laluan utama menyebabkan kesesakan dan kelewatan di beberapa lokasi.

"Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E1, trafik arah utara bergerak perlahan dari Changkat Jering ke Taiping Utara serta Taiping Utara ke Bukit Merah.

"Bagi arah selatan, aliran perlahan dikesan dari Sungai Petani Selatan ke Bertam, Sungai Dua ke Permatang Pauh, Permatang Pauh ke Seberang Jaya, Seberang Jaya ke Perai, Alor Pongsu ke Bukit Merah, Kuala Kangsar ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, Gopeng ke Tapah serta Tapah ke Bidor," katanya.

Sementara itu, beliau berkata di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), trafik arah selatan dilaporkan perlahan dari Sungai Buloh ke Bukit Lanjan.

"Di Lebuhraya PLUS E2, trafik arah utara bergerak perlahan dari Kulai ke Sedenak, Jasin ke Ayer Keroh, Pedas Linggi ke Senawang, Southville City ke Bangi serta Bangi ke Kajang.

"Bagi arah selatan E2 pula, kesesakan dilaporkan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kajang, Hentian Sebelah Yong Peng ke Yong Peng Utara, Simpang Renggam ke Sedenak serta Sedenak ke Kulai," katanya.

Aliran trafik di Tambak Johor arah selatan turut perlahan dari pertengahan jambatan menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodlands, Singapura.

"Di Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) arah selatan, trafik perlahan dari Plaza Tol Tanjung Kupang ke CIQ Sultan Abu Bakar, Johor Bahru," katanya.

Bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) pula, aliran trafik arah timur perlahan dari susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak manakala arah barat dari Bentong Timur ke Plaza Tol Bentong serta Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan, mengekalkan jarak selamat, sentiasa memberi isyarat sebelum menukar lorong serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan selamat.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh menerusi talian hotline 1-800-88-7752 dari 7 pagi hingga 10 malam atau WhatsApp rasmi LLM Info Trafik, TikTok @llmtrafik, Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia serta aplikasi TUJU dan MYJalan.

– BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.347480 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list