CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 0

Malaysia kecam tindakan AS, Israel serang Iran

[Copy link]
Post time 2-3-2026 04:32 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan ganas mengakibatkan kematian pemimpin dan pegawai tinggi negara serta 180 kanak-kanak, merupakan pelanggaran terhadap negara berdaulat dan merdeka.

“Sebagai negara bebas, Malaysia menyeru agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta dan sebarang isu diselesaikan melalui rundingan konstruktif.

“Tidak boleh dipertikai bahawa tindakan ganas menyerang negara berdaulat dan merdeka adalah tindakan biadab, melanggar prinsip piagam Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (PBB) dan melanggar semua hukum undang-undang dunia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai situasi keselamatan di Iran dan Timur Tengah.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan serangan berterusan Israel terhadap Iran, Lubnan, Iraq, Syria dan rakyat Palestin menunjukkan bahawa tindakan ketenteraan yang jelas melanggar ketetapan antarabangsa dan perlu ditentang secara tegas.

Perdana Menteri menyeru negara -negara Teluk supaya bersatu mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan rantau itu daripada ancaman ketenteraan luar.

“Tindakan ketenteraan berterusan yang dilaksanakan oleh Israel dan disokong Amerika Syarikat bukan sahaja meningkatkan ketegangan serantau tetapi juga mengancam keselamatan negara-negara jiran.

“Pilihan selain berdamai ialah bekerjasama bagi memastikan rundingan konstruktif dan mempertahankan kedaulatan rakyat serta negara,” ujarnya.

Sumber:– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.042922 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list