CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2189|Reply: 10

[Tempatan] Wanita ditemukan meninggal dunia dalam rumah dipenuhi sampah

[Copy link]
Post time 5-3-2026 07:50 AM | Show all posts |Read mode
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam rumah dipenuhi sampah
BERNAMA - Mac 4, 2026 @ 9:25pm

IPOH: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang penuh dengan longgokan sampah dan barangan terpakai di Taman Golden Dragon dekat Kampar, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang berkaitan terdapat mangsa di dalam sebuah rumah jenis dua tingkat dengan pintu berkunci.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati pihak polis dan petugas KKM (Kementerian kesihatan) telah berada di situ. Pintu hadapan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan membabitkan sejumlah barangan lama dan sampah.

"Dimaklumkan terdapat seorang mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat berumur 61 tahun di dalam rumah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum jentera bomba tiba," katanya.

Beliau berkata berikutan laluan pintu hadapan terhalang oleh barangan terpakai dan sampah itu, pasukan bomba terpaksa membuka pintu belakang bagi memudahkan mangsa dibawa keluar.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 5-3-2026 07:58 AM | Show all posts
umur 61 kira tak tua sgt...sakit kot. berita tak inform bila anggaran waktu meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:02 AM | Show all posts
nmpk mcm hoarder jgk ni

tp tak sampai menimbun

wicis kt us pun mmg ada kes mcm ni

mati di celah timbunan dlm rumah

btw mcmn kkm boleh sahkan meninggal sedangkan kata tak boleh masuk until bomba yg dtg bukakkan?

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati pihak polis dan petugas KKM (Kementerian kesihatan) telah berada di situ. Pintu hadapan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan membabitkan sejumlah barangan lama dan sampah.

"Dimaklumkan terdapat seorang mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat berumur 61 tahun di dalam rumah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum jentera bomba tiba," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:03 AM | Show all posts

Post time 5-3-2026 08:28 AM | Show all posts
mejaputih replied at 5-3-2026 07:58 AM
umur 61 kira tak tua sgt...sakit kot. berita tak inform bila anggaran waktu meninggal.

ler baru 61 ker, kita muda lagi lah....above 75 baru lah tua...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 09:03 AM | Show all posts
mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat - wow!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2026 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 5-3-2026 08:02 AM
nmpk mcm hoarder jgk ni

tp tak sampai menimbun

Tak boleh buka penuh untuk bawa keluar mayat
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 02:27 AM | Show all posts
Prickford replied at 5-3-2026 01:03 AM
mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat - wow!

apa la dia mati kat sini
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 6-3-2026 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat plak aku kt Kampar kan hari tu kecoh yang cina mengamuk2 kt pizza hut nak makan pizza tapi oven rosak tu. Len mcm Kampar ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah colier brothers berulang2
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 12:12 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 5-3-2026 08:02 AM
nmpk mcm hoarder jgk ni

tp tak sampai menimbun

Hoarder ni considered as mental illness gak kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2026 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053152 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list