CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 2

Azizulhasni tewaskan pelumba Israel, raih gangsa pecut

[Copy link]
Post time 8-3-2026 09:33 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menambah koleksi pingat pada Siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia apabila meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu.


Kejayaan itu diraih selepas pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu mempamerkan aksi bertenaga untuk menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev dengan keputusan 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga.


Meskipun Yakovlev mempunyai kelebihan fizikal yang jauh lebih tinggi serta mencatatkan masa kedua terpantas pada sesi kelayakan (9.515 saat), Azizulhasni yang menduduki tempat keempat kelayakan (9.702 saat) tidak gentar apabila mempamerkan taktikal luar biasa untuk mencipta kemenangan.


Terdahulu, hasrat Azizulhasni untuk memburu pingat emas disekat Matthew Richardson apabila tewas 0-2 di peringkat separuh akhir.


Richardson kemudiannya meneruskan momentum cemerlang untuk muncul juara selepas menewaskan Leigh Hoffman 2-0 dalam aksi final.


Semalam, pelumba kelahiran Terengganu itu mencipta kejutan apabila merangkul pingat emas acara keirin selepas mengatasi Matthew Richardson.


Sementara itu, nasib berbeza menimpa kem wanita negara apabila cabaran Nur Alyssa Farid dan Izzah Izzati Asri dalam acara keirin wanita berakhir lebih awal.


Kedua-dua pelumba muda negara itu gagal melepasi pusingan pertama repechage, sekali gus menutup peluang mereka untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan tersebut.


Sumber -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2026 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Misti yahood tu geram nak pancitkan basikal dia kan?

Dasar laknat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 08:40 AM | Show all posts
Padan muka Israel!! Boo israel!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.142572 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list