CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 2

[Tempatan] Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di jalan lama Genting Sempah-Gombak

[Copy link]
Post time 9-3-2026 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di jalan lama Genting Sempah-Gombak
Safeek Affendy Razali - Mac 9, 2026 @ 7:34am

Seorang lelaki maut selepas Perodua Kancil dipandunya terbabas dan jatuh ke gaung di Batu 13, jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi. - Foto Bomba

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas Perodua Kancil dipandunya terbabas dan jatuh ke gaung di Batu 13, jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Ashiq Fazal Ahmad, 56, dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan cedera parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan satu jentera dan sebuah ambulans JBPM dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat pada jam 10.46 malam.

"Kereta dipandu mangsa telah terbabas di laluan jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, sebelum terjatuh ke gaung setinggi 80 meter.


"Ketika ditemui mangsa masih hidup dan cedera parah diberikan rawatan segera oleh anggota bomba.

"Pihak bomba kemudian menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan berusaha membawa naik mangsa dari dalam gaung," katanya kepada media hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 1.15 pagi tadi oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, siasatan kes berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 07:58 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.255185 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list