CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9318|Reply: 64

[Tempatan] Elak sensasi kes kematian doktor pelatih wanita di Kelantan - MMA. Polis rakam keterangan lebih 10 individu

[Copy link]
Post time 9-3-2026 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ultra78 at 9-3-2026 09:58 PM

Elak sensasi kes kematian doktor pelatih wanita di Kelantan - MMA
Oleh Mahani Ishak - Mac 9, 2026 @ 6:35am

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr R Thirunavukarasu. - Foto fail NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa mengutamakan sensitiviti berbanding sensasi dan menghormati privasi serta maruah keluarga doktor pelatih wanita yang ditemui mati di bilik asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, Kelantan kelmarin.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr R Thirunavukarasu, berkata pada masa semua pihak perlu bertanggungjawab terhadap sebarang perkongsian kandungan berkaitan insiden itu.

"Kita sudah maklum, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes itu sebagai laporan kematian mengejut dan siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.

"Sehubungan itu, semua pihak digesa tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan doktor 29 tahun itu daripada hospital kira-kira jam 9.55 pagi.

Sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bersama anggota Balai Polis Kuala Krai bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah bilik asrama HSIP Kuala Krai dengan doktor berkenaan ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Berhubung insiden itu, Dr Thirunavukarasu berkata, MMA bimbang dengan penyebaran kandungan berkaitan insiden berkenaan walaupun PDRM sudah menyatakan siasatan awal ia tiada kaitan jenayah.

"Justeru semua organisasi media serta pengguna media sosial diingatkan supaya mematuhi Garis Panduan Kandungan Bunuh Diri Kebangsaan ketika melaporkan atau berkongsi maklumat berkaitan.

"Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam sebarang perkongsian kandungan kerana penyebaran maklumat secara tidak terkawal boleh menjejaskan individu yang terdedah, selain menambah trauma kepada keluarga mangsa dan komuniti perubatan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Thirunavukarasu menasihatkan mereka yang sedang berdepan tekanan atau mengenali individu yang memerlukan bantuan supaya mendapatkan sokongan dan tidak berdepan masalah secara bersendirian.

"Bantuan boleh diperoleh melalui MMA HelpDoc untuk komuniti perubatan, Befrienders Malaysia di talian 03-7627 2929 atau Talian Kasih di 15999," katanya.

Pada masa sama, MA turut menzahirkan kesedihan atas pemergian doktor pelatih itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan sekerjanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2026 11:54 AM | Show all posts
Doktor pelatih ditemui maut di asrama hospital
HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
07 Mac 2026 03:54pm

KUALA KRAI - Seorang doktor pelatih ditemukan maut di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bersama anggota Balai Polis Kuala Krai telah ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik asrama di HSIP.

"Mangsa merupakan seorang doktor pelatih berusia 29 tahun ditemui meninggal dunia di bilik air," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mazlan berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk dibedah siasat.

"Punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Balai Polis Kuala Krai di talian 09-9666222 bagi membantu siasatan," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 11:56 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 11:59 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:25 PM | Show all posts
semudah itu buat konklusi? tutup kes?
apakah semua kes kena bawa ke mahkamah untuk menunjukkan perkara tersembunyi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2026 12:29 PM | Show all posts
ada kaitan dgn kes penahanan sorg doktor pelatih lelaki tahun lepas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:34 PM | Show all posts
toksik bebenor la kerja spital ya... pandai jek doktor2 bagi nasihat kat orang. pi saman kakitangan spital dulu, pasaipa suka membuli staff baru.

tapi jangan ada plot twist sudah la... mana tahu patah hati dengan bopren ke apa ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 01:25 PM | Show all posts
alzan replied at 9-3-2026 12:25 PM
semudah itu buat konklusi? tutup kes?
apakah semua kes kena bawa ke mahkamah untuk menunjukkan perk ...

Yang sorang student meninggal gantung diri di usj2 last year pun takda closure. Tak tau wheteher betul bunuh diri atau ada orang yang bunuh and gantung mayat. So far takda keluar news pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 01:33 PM | Show all posts
Lawa sgt bakal Dr nya...
Sejuk mata memandang org kata..
X sangka lah end up jadi mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ada thread.


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 9-3-2026 12:29 PM
ada kaitan dgn kes penahanan sorg doktor pelatih lelaki tahun lepas ke?

Kes mana ni sis?


Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 03:46 PM | Show all posts
sensasi pe benda nya
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 03:57 PM | Show all posts
Zara Qairina versi Medic?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 04:16 PM | Show all posts
level mcm mana eh agaknya geng2 medic ni membuli? teringin nk tau apa dorang buat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
"Punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut"

Itu je ke?Dorg ni x nk besarkan kes. Org dlm tau la apa yg jd. Cuma x nk dedahkan. Kesian kuarga mangsa kalau mcm ksudahannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata job professional semua doctor's jenis pandai belajar educated ecetra....tapi masing2 jenis toxic pembuli rupanye. So not a classy profession juga ler.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 9-3-2026 04:20 PM
"Punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati meng ...

Mungkin keluarga terdekat jer dh dimaklumkan secara terperinci....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 9-3-2026 02:57 PM
Kes mana ni sis?

Sorry iols rasa takde kaitan kot...kes berlaku kat hospital yg sama, org yg didakwa pun HO,  mangsa perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Hrp2 dpt pengadilan yg sebenar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.063358 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list